in

“Macam jutawan fakir”- Lelaki Ini Temui Wang RM400 Ribu Bawah Peti Ais Terpakai Yang Dibeli

F2 Freezer 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi yang berlaku kepada seorang lelaki Korea Selatan ini memang sesuai dengan kata-kata kalau dah rezeki kita, memang tak kemana. Menurut Mothership.SG, lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya itu telah menjumpai sejumlah wang di bawah peti ais terpakai yang telah dibelinya di atas talian.

Sebelum ini, perkara itu telah menggemparkan sesetengah rakyat negara itu setelah berita kejadian itu dilaporkan oleh MBC News. Sehingga kini, video berita tersebut telah ditonton lebih sejuta kali di YouTube.


Difahamkan, duit yang berjumlah 110 juta won (kira-kira RM401, 009 setelah ditukar kepada Ringgit Malaysia) itu telah ditemui lelaki bertuah itu di bawah peti ketika kerja-kerja pembersihan peti ais terbabit dijalankan.

Namun, sifat jujur lelaki itu patut dipuji sebab dia telah memutuskan untuk membuat laporan polis setelah menjumpai wang ratusan ribu berkenaan. Dengar kata, kesemua wang tersebut adalah berjumlah 2,200 keping.  Fuh, penat nak kira satu-satu ni.

Freezer M 2

Kini, memandangkan sumber wang tersebut masih belum dapat dikenal pasti lagi, kes itu masih lagi dalam penyiasatan pihak polis. Selain itu, mereka yang terlibat dalam proses jual beli peti itu juga turut disoal siasat.

Namun, lelaki berkenaan kena tunggu selama beberapa bulan terlebih dahulu sebelum dia dibenarkan untuk menggunakan wang tersebut. Ini kerana undang-undang Korea dibawah Akta Hilang dan Jumpa mengatakan wang yang dijumpai hanya akan menjadi milik individu yang menjumpainya jika pemilik wang itu tidak memunculkan dirinya dalam tempoh enam bulan.

Selain itu juga, menurut Allkpop, individu tersebut juga perlu membayar cukai untuk wang yang ditemui setelah duit tersebut menjadi miliknya.

Namun, jika pemiliknya yang sebenar datang menuntut wangnya dalam tempoh tersebut, wang pampasan akan diberikan kepada individu yang menemuinya. Manakala, wang itu akan digunakan untuk kegunaan negara jika sumber asal duit tersebut adalah untuk kegiatan jenayah.

Whatsapp Image 2021 08 14 At 1.30.41 Pm 1
Gambar sekadar hiasan

Untuk pengetahuan semua, lelaki Korea berkenaan beli peti ais terpakai tu untuk dijadikan tempat simpanan kimchi.

Sumber: Mothership.SG, Allkpop, YouTube MBC News

Baca: “Berusia betul kacang tu”- Jumpa Kacang Hijau Berumur Cecah 20 Tahun Masa Isteri Bersihkan Peti Ais

Freezer M 1

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.