in

“Macam budaya Kristian” – Orang Lain Ucap Takziah Tapi Ada Netizen Malaysia Pertikai Gambar Ashraf Atas Kubur

makam ashraf

Jenazah Ashraf Sinclair selamat disemadikan semalam di tempat pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa. Selain keluarga, ramai rakan artis dan kenalan turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Bunga dan Noah masing-masing dilihat sugul dan keluarga serta kenalan rapat sentiasa ada untuk cuba menenangkan kedua-duanya.

noah1
Sumber: Blog

 

Netizen Malaysia pertikai cara pengebumian Ashraf?

Dalam pada ramai peminat terutamanya di Indonesia yang meluahkan rasa sedih mereka terhadap pemergian Ashraf secara mengejut ini, sebaliknya segelintir netizen di Malaysia pula mempertikaikan kuburnya.

Rata-rata peminat berduka cita apabila membayangkan keadaan Bunga serta anak mereka, Noah selepas kehilangan insan tersayang. Namun, melalui posting di Facebook netizen kita pula pertikaikan gambar Ashraf yang diletakkan di atas kubur dan disamakan dengan cara orang Kristian.

bunga4
Sumber: Blog

 

“Kenapa letak gambar, macam budaya Kristian”

Posting yang menunjukkan suasana di kubur Ashraf dan keadaan Bunga serta Noah itu dimuat naik semalam namun sejumlah netizen mendakwa mereka mengikut adat Kristian. Salah seorang netizen berkata,

Macam Kristian lah kalau macam ni, letak gambar atas pusara…”

bunga2

noah3 1
Sumber: Blog
netizen bebal
Sumber: Facebook

 

Ramai netizen lain tegur

Syukurlah, masih ramai netizen lain sempat tegur beberapa netizen yang komen pasal gambar Ashraf di atas kuburnya itu. Kata mereka, sepatutnya kita harus hormat adat dan budaya orang lain bukan tahu nak mengkritik saja.

netizen backup
Sumber: Facebook

 

Netizen Indonesia bagi penjelasan

Melalui ruangan komen itu, seorang netizen dari Indonesia telah memberi komen dan bagusnya adalah dia langsung tidak marah sebaliknya memberi penjelasan dengan santun. Katanya, di Indonesia perkara ini berlaku hanya jika si mati adalah orang yang dikenali sahaja.

Hanya dilakukan orang-orang terkenal, pejabat dan orang-orang penting.”

Sumber: Facebook

 

Baca: “Kuat ya mama…” – Ramai Sedih Tengok Noah Cuba Tabah Demi Ibu, Tenangkan Bunga Ketika Menangis

noah bcl