in

“Maaf ya bik!” – Fathia Latiff Kongsi Foto Kenangan Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim Ridza

Ft Fathia Aiman Zahirah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon Fathia Latiff dilihat terus menerus mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari lalu, terkini satu perkongsian di Instagram miliknya ini seolah-olah ditujukan kepada Zahirah MacWilson dengan tujuan seperti mahu ‘mengapikan’ isteri kepada bekas kekasihnya itu.

Seperti yang kita sedia maklum, tiada angin, tiada ribut Fathia Latiff telah menyamakan Zahirah MacWilson itu seperti ‘bibik’ dan menyifatkan bahawa dirinya lebih cantik.


Artikel Berkaitan : “Dia takkan boleh lawan I” – Fathia Latiff Samakan Muka Zahirah MacWilson Macam Bibik Masa Sesi ‘Live’?

Artikel Berkaitan : “Balik umrah tapi…” – Fathia Latiff Mengamuk Dengan Anju, Bengang Kena ‘Spill Tea’ Pasal Perangai Buruk

Susulan dengan gelaran yang dia berikan itu, Fathia dilihat ada kongsikan gambar keratan akhbar berkenaan dengan kenyataan Aiman Hakim Ridza yang masih sayangkan dirinya, ia juga disertai dengan kapsyen yang dilihat seolah-olah ditujukan kepada Zahirah MacWilson.

 

“Maaf ya bik!”

Bahkan, Fathia juga ada kongsikan  gambar yang mengimbau zaman dia bercinta dengan Aiman Hakim beberapa tahun lalu sambil mengatakan bahawa dia tahu yang Aiman Hakim masih sayang kepadanya sambil kepilkan single terbaharunya yang berjudul Benci.

Walau bagaimanapun, dilihat kedua-dua perkongsian ini telahpun ditutup ruangan komen. Sehingga kini, Zahirah MacWilson mahupun Aiman Hakim Ridza masih lagi belum memberikan sebarang respon menerusi media sosial miliknya.

Mungkin mereka masih bersikap profesional dan memilih untuk mendiamkan diri. Pelik tiba-tiba isu ni boleh jadi, harap dapatlah diselesaikan dengan cara baik.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.