in

“Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik” – Isteri Shuib Keguguran Anak Pertama

watie isteri shuib keguguran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian hantaran sedih pada Hari Ibu terjawab apabila isteri kepada pelawak Shuib, Watie mengesahkan mengalami keguguran anak pertama.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Watie, 36, memaklumkan dia pernah mendapat petanda daripada mimpi akan keguguran sebelum musibah itu menjadi kenyataan.


“Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy.

“Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.

“11 Mei 2025 Mummy dapat berita kamu betul-betul pergi,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Bila tengok, mengucap panjang” – Watie Dedah Individu Suruh Shuib Tukar Isteri Baru, Cari Yang Solehah

Artikel berkaitan: “Dia jadikan iktibar” – Watie Kongsi Shuib Naikkan Duit Nafkah Sejak Kes ‘Fattzura’

IMG 2178

Reda dengan ujian berat yang dihadapinya, Watie bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa fasa sebagai seorang ibu hamil.

Watie menyifatkan kehilangan zuriat dikandung sebagai ujian dan hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT, dan percaya masih banyak yang perlu dipelajari sebelum diberi peluang bergelar ibu sepenuhnya.

“Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak serta abang-abang kamu.”

Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang melalui detik paling sedih dalam hidupnya.

“Mummy masih dalam fasa perasaan paling sedih yang Mummy rasakan dalam hidup tapi dengan kata-kata dari kalian ini jugalah sedikit sebanyak dapat memujuk hati Mummy ketika ini,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Sebelum ini, Watie menjadi perhatian ramai apabila pengikut di media sosial mula ternampak baby bump dalam gambar yang dikongsinya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.