Kira-kira lewat petang Sabtu lepas, viral satu video menunjukkan sekumpulan lelaki buat ‘prank’ sahabat mereka ketika di majlis persandingan.
Ia mengundang kecaman hebat netizen kerana pemberian kondom itu diberikan di khalayak ramai sehingga ada warganet menyatakan bahawa pengantin perempuan dilihat seperti tidak selesa.
Bagi netizen ia dianggap sebagai satu ‘lawak tak kena tempat’. Susulan itu, pengantin lelaki tersebut ada tampil bagi respon mengenai isu ini.
“Saya tak ambil hati pun.”
Ketika ditemubual olah mStar Online, pengantin lelaki yang lebih dikenali sebagai Pokbey memohon maaf kepada orang ramai bagi pihak rakan-rakannya itu.
“Saya sebagai pengantin memohon maaf ke atas video ini. Saya pun ingin memohon maaf atas kesilapan kawan saya, tidak tahu sampai viral satu Malaysia.”
Kata pemuda 23 tahun yang bekerja sebagai jurukimpal itu lagi, rakan-rakannya rasa bersalah kerana gurauan sebegitu dan dia menjelaskan bahawa dia tidak ambil hati dengan cara rakan-rakan mereka itu ‘sakat’ mereka.
https://www.tiktok.com/@pokbeyyy_01/video/7111154997965999386?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Saya tak ambil hati pun, biarlah perkara itu nampak tidak hormat. Mereka sahabat-sahabat saya. Saya tak boleh huraikan, apa yang saya boleh cakap, ia perkara yang saya tak boleh lupakan dalam hidup.”
https://www.instagram.com/p/Ce-cZzip-3l/?utm_source=ig_embed&ig_rid=bfcc8c35-94d2-4b56-bbd8-0c1ac7dd51ae
Menurut Pokbey, video itu telah dirakam oleh salah seorang rakannya ketika majlis persandingan belah lelaki di Tawang, Bachok, Kelantan, 6 Jun lalu. Kini, dilihat video tersebut telah pun dipadamkan di profil asal laman TikTok tersebut.
Baca : Warganet Kasihan Lihat Pengantin Perempuan Tak Selesa Lepas Rakan Suami Beri Hadiah Kondom