Semenjak berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, sehinggalah ke PKP pada tahun ini, kita boleh simpulkan bahawa rakyat Malaysia gemar untuk menonton rancangan masakan.
Antara nama-nama individu yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah Sugu Pavithra, Che Nom dan Khairul Aming. Ketiga-tiga mereka menggunakan platform Youtube untuk berkongsi resipi makanan.
Dengan jumlah 947,000 pengikut di Youtube, Che Nom yang terkenal dengan suara lembutnya di dalam video ada memuat naik satu ciapan yang berjaya ‘menggegar’ Twitter semalam.
Penat sebenarnya buat Youtube ni, nak prep., masak, shooting, editing & reply komen, kalau Che Nom buka buka syarikat ada yang nak dengan Che Nom ka?. Cameraman, kitchen assistant video editor & social media coordinator. At least lunch makan free je ?.
— Che Nom (@realCheNom) January 16, 2021
Luah Che Nom dalam ciapan tersebut, dia kadang-kala berasa penat untuk membuat video Youtube seorang diri. Banyak prosedur yang perlu dilakukan seperti memerap makanan, memasak, shooting, editing, dan membalas komen penonton.
Sambungnya lagi, dia kini dalam perancangan mahu membuka syarikat sendiri dan jika idea ini terjadi, Che Nom akan mengambil beberapa orang untuk bekerja bersamanya.
Lebih menarik, Che Nom turut menawarkan makan tengah hari percuma kepada sesiapa yang bakal bekerja dengannya!
Ciapan ini tular sehingga mendapat 25,000 sukaan dan turut meraih perhatian personaliti masakan yang lain. Anda boleh lihat respons lucu mereka yang teruja dengan tawaran makan tengah hari percuma oleh Che Nom.
— Khairulaming (@khairulaming) January 16, 2021
Nanti habis semua bajet bayar ke @Azfarheri ?
— Che Nom (@realCheNom) January 16, 2021
Nak jadi food tester boleh tak chenom
— Free Tembikai ? (@IsaacosmanTV) January 16, 2021
Jika idea penubuhan syarikat ini terhasil pada satu hari nanti, pasti ramai yang berebut-rebut hantar resume kerana mahu makan masakan Che Nom.