Tiada angin tiada ribut, tular satu cerita yang mendakwa seorang pelakon lelaki dikatakan telah menghamilkan seorang wanita namun enggan bertanggungjawab.
Cerita ini didedahkan oleh seorang wanita anonymous menerusi Xtra, dia mendakwa telah menjadi mangsa pelakon lelaki itu dan mereka mengenali sama sendiri kira-kira hampir setahun.
Lebih mengelirukan, wanita itu berkata sepanjang perkenalan mereka, dia tidak tahu bahawa pelakon lelaki itu mempunyai teman wanita.
Artikel berkaitan: Kerap Dapat Mesej Dari ‘Fake Account’ Isu Hamilkan Wanita, Ismail Izzani Mahu Ambil Tindakan
Artikel berkaitan: Ambulans Terkandas Akibat Cerun Runtuh, Ibu Hamil Terpaksa Dibedah Kerana Bimbang Bayi Lemas
@xtra_my Terkejut min tengok video ni kat meloditv3🥹 Siapa agaknya pelakon lelaki itu?👀 Netizen dah ready ke?🤔 #fyp #xtra #pelakonlelaki #wanita #hamil #takbertanggungjawab #viral #beritaditiktok #sembangentertainment 📹: MelodiTV3
“Luaran dia memang nampak baik tapi dia punya true colour mungkin I je tahu, keluarga dia pun tak tahu, teman wanita dia yang utama pun tak tahu.
I dengan dia memang dah pernah terlanjur, I dapat tahu awal dalam sebulan (usia kandungan) dan bila I bagitahu dia, dia bagi duit suruh gugurkan,” katanya.
Selepas itu, pelakon berkenaan dikatakan tiba-tiba hilang meskipun sudah berjanji dengan wanita itu untuk menjaganya selain berkahwin dengannya, pelakon itu juga berkata dia menjauhkan diri dari wanita itu agak ‘periuk nasinya’ tidak tertutup.
Wanita itu menyifatkan tindakannya mempercayai pelakon lelaki tersebut adalah sesuatu yang sangat bodoh dan menjadi pengajaran buatnya.
Alamak, siapa pulak ni?
Sumber: Xtra