Sekarang ni ramai yang suka order tauhu bergedil kan. Memang sedap betul lebih-lebih lagi kalau cicah dengan sambal kicap. Makan sekotak pun tak terasa, tengok-tengok dah habis.
Namun, korang kena berhati-hati sebab ada sebuah kilang tauhu di Kuala Lumpur telah diserbu oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL disebabkan kilang tersebut yang terlampau kotor, lapor Harian Metro.


Yang paling menggelikan, dinding dan lantai kilang di tempat proses tauhu berdaki hitam, berkulat dan kotor. Macam mana lah dorang boleh tahan buat kerja dalam keadaan macam tu?
Kalau korang rasa yang tu dah kotor, rupanya pekerja kilang tu juga tak pakai penutup kepala dan kasut ketika bekerja. Bayangkan kalau ada benda-benda yang tak elok boleh masuk dalam makanan kita? Sakit perut lah jawabnya.

Bukan itu je, pihak penguasa juga ada jumpa lipas manakala tandas dorang juga berbau.
Jadi, kilang tersebut perlu ditutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Menurut Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur, kilang tersebut akan diarahkan untuk ditutup dan lesen akan dibatalkan jika selepas ini masih ada lagi masalah yang sama walaupun selepas tempoh pembersihan.

So, korang kena check betul-betul dulu kebersihan makanan tu. Tak pasal-pasal nanti sakit perut.
Baca: Kilang Kantoi Buat Kopi Vietnam Murah Guna Bateri Terpakai, Debu Batu dan Kotoran!

