in

Liana ‘Beep Beep’ Akhirnya Beri Penjelasan Isu Langgar Kontrak, Kes Kini Dirujuk Ke Mahkamah

Liana Beep Beep Bagi Penjelasan Kontrak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, kecoh diperkatakan di TikTok mengenai seorang influencer makanan yang dikenali sebagai Liana ‘Beep Beep’ telah melanggar kontrak syarikat pengurusannya.

Terbaru semalam, Liana telah tampil memuat naik satu video penjelasan di TikTok mengenai kontroversi tersebut selepas ramai di kalangan netizen menagih jawapan daripadanya sejak daripada isu itu berlaku bulan lalu.


Liana Beep Beeppppp

“Saya serahkan semuanya kepada undang-undang” – Liana 

Menerusi video itu, Liana memberitahu bahawa dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat penjelasan kerana dinasihatkan pihak peguam untuk tidak bercerita sepenuhnya berkaitan hal tersebut sehingga isu telah selesai.

Kata Liana lagi, dia telah menghantar notis berhenti selama dua bulan atas sebab-sebab peribadi walaupun ditawarkan gaji sebanyak RM20,000 sebulan.

@liafa62

I pass everything to the law. Berani cakap berani tanggung okay @Uniq scene media • • • #foryou #foryoupage #fyp #fypシ #viral #trending #tiktokmalaysia

♬ original sound – Liana 🌻✨🌸🍭 – Liana 🌻✨🌸🍭

Pun begitu, kehilangan akaun lama syarikat telah membuatkan Liana cemas kerana dia menganggap akaun tersebut kena hacked, tambahan pula akaun tersebut milik syarikat (tapi dia tidak boleh dedahkannya kerana kontrak syarikat).

Saya rasa apa yang membuatkan situasi ini berlaku adalah disebabkan pihak mereka tidak memberitahu saya bahawa mereka akan memadam akaun tersebut dan menukar segalanya,” jelas Liana.

Lebih menyedihkan lagi, Liana juga mendakwa tindakan pihak syarikat itu telah menyebabkan dia dan keluarganya telah menerima kecaman ramai.

Malah dia juga memberitahu bahawa pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang dan berharap keadilan ditegakkan mengenai kes ini.

“Yang tak ada kena mengena duduk diam-diam”

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen dan kebanyakan tidak mahu masuk campur dengan isu ini serta berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.

Komen Liana Beep

Terdahulu, kemelut mengenai Liana dan pihak syarikat ini bermula selepas TikToker tersebut  mendakwa yang dia terpaksa membuat akaun TikTok baru kerana akaun lamanya telah digodam.

Pun begitu, syarikat pengurusan berkenaan tampil membuat penjelasan dengan mengatakan Liana telah melanggar kontrak perjanjian dan akaun TikTok lama Liana sebenarnya milik syarikat tersebut.

Malah syarikat tersebut juga mendakwa telah mengeluarkan bajet yang banyak dalam menghasilkan video TikTok Liana termasuklah menyewa kereta mewah yang sering muncul di dalam video-video reviewnya.

Kita serahkan jelah isu ini kepada undang-undang memandangkan kedua belah pihak pun dah rujuk peguam kan. Harap kes diselesaikan dengan baik. 

Baca: “My account is just gone” – Dakwa Akaun Lama Kena Godam, Rupanya TikToker Ini Langgar Kontrak Syarikat?

Liana Beep Beep

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.