in

“Let them handle it” – Bekas Rakan Sekelas Dakwa Fattah Amin Seorang Yang Baik

Ft Fattah Amin Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Spekulasi mengenai rumah tangga antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin menjadi tumpuan semenjak Fazura menunjukkan foto dirinya bercuti sendiri lagi. Namun khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka menjadi makin hangat selepas mendapat khabar berita Fazura telah memfailkan perceraian.

Sejak dari itu timbullah bermacam-macam spekulasi, ada yang mendakwa bahawa Fattah Amin curang dan ada pula yang mendakwa pula Fazura suka berparti. Dakwaan tidak berasas itu telah menjuruskan kepada fitnah semata-mata.


Artikel berkaitan : “Tiada wanita lain dalam hidup saya”- Fattah Amin Hanya Tahu Permohonan Cerai Fazura Melalui Media Sosial

Artikel berkaitan : Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin?

Dilihat ada lagi individu tampil bercerita mengenai sikap Fattah Amin, akui bahawa dirinya bukanlah orang terdekat dengan aktor tersebut, tetapi rakan-rakannya adalah kawan kepada aktor tersebut.  Jelasnya, Fattah Amin seorang yang jenis duduk rumah layan anak dan tak reti berparti.

Screenshot 2024 09 19 152926

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ada seorang lagi individu mendakwa dia adalah bekas rakan sekelas Fattah Amin ketika sedang belajar di UUM.  Jelasnya, wanita tersebut bersetuju dengan kenyataan individu yang dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad ini.

Katanya, Fattah Amin seorang yang baik dan dia juga turut menggesa orang ramai untuk elak daripada memberikan sebarang komen terhadap rumah tangga pasangan ini dan biar mereka sahaja yang uruskan sendiri.

Screenshot 2024 09 19 154310

Minggu lepas, Harian Metro melaporkan bahawa akres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin telah memfailkan penceraiannya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. Bagaimanapun, tiada maklumat yang lebih terperinci terhadap kes perceraiannya itu.

Mengetahui berita tersebut, Fattah Amin menjelaskan bahawa dia masih lagi sayangkan Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang ada di dalam hidupnya selain isteri.

Sumber : Threads, Harian Metro, mStar Online

Sumber: Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.