Umum mengetahui, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan satu peperiksaan yang menentukan hala tuju pelajar di negara ini.
Mesti ramai terfikir, lebih banyak ‘A’ dalam keputusan peperiksaan, lebih mudah untuk masuk ke pengajian tinggi.
Namun, mendapat keputusan cemerlang juga tidak menjanjikan keselesaan untuk mendapat tempat di IPT jika ada satu subjek tidak skor.
Artikel berkaitan: “Caption tu…” – Tayang Result SPM 6G 2T, Netizen Pelik Dengan Pelajar Zaman Sekarang
Artikel berkaitan: “Habis degree susah nak dapat kerja” – Netizen Saran Elak Ambil ‘Pure Science’ Lepas SPM Sebab…
Baru-baru ini, seorang pelajar yang mendapat keputusan SPM 7A mendakwa banyak permohonan ke peringkat pengajian tinggi seperti Asasi, Matrikulasi, Diploma dan IPG ditolak hanya disebabkan subjek Bahasa Inggerisnya tidak melepasi syarat kredit.
Menerusi hantaran individu itu di TikTok, dia mengingatkan pelajar lain di luar sana betapa pentingnya untuk skor dalam subjek Bahasa Inggeris walaupun seluruh keputusan peperiksaan cemerlang.
Katanya, dia tidak dapat menyambung ke institusi pengajian tinggi gara-gara keputusan SPM untuk subjek Bahasa Inggeris mendapat gred ‘D’.
Dia cuba untuk membuat permohonan semakan subjek tersebut dengan harapan gred tersebut berubah dan memudahkannya untuk membuat permohonan IPT.
Individu itu menunjukkan keputusan baharu selepas 9 hari menunggu, yang mana dia mendapat ‘C+’ untuk subjek Bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dirinya kerana permohonan masih ditolak kerana tidak melepasi kredit yang ditetapkan.
“Pengaruh Bahasa Inggeris sangatlah besar. Kepada adik-adik, Bahasa Inggeris sangat penting ya. Keputusan cantik, tapi tak kredit tak boleh juga,” pesannya.
Meninjau ke ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat kepada individu itu agar tidak berputus asa kerana masih ada peluang di luar sana.
Ada yang mencadangkan kepada individu itu untuk mencuba hantar permohonan di kolej atau sambung pelajaran dalam STPM.
Di sini, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Betapa pentingnya skor subjek teras dan jika gagal, banyak lagi peluang terbuka di luar sana.
Sumber: TikTok