Ikatan pertunangan pelakon Azri Iskandar dengan kekasih hatinya, Dr Azra Diera terpaksa dilanjutkan lagi kerana belum cukup wang untuk majlis perkahwinan mereka.
Malah bekas suami kepada pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty Omar ini berkata bahawa dia dan pasangannya ini sedang sibuk menguruskan hal kerja masing-masing, lapor mStar Online.
“Belum sampai masanya lagi, terpaksa tunda sebab terlalu sibuk. Saya pun masih dalam proses kumpul duit lagi. Sekarang ini belum ada tarikh muktamad lagi. Saya tak nak kongsi tarikh sebab takut tangguh lagi.”
Jelasnya, Azri atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, dia mahu betul-betul bersedia sebelum umumkan tarikh pernikahan mereka secara rasmi.
Azri turut menyatakan bahawa hubungannya bersama Azra berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak pernah bergaduh mahupun timbul sebarang isu sepanjang hampir setahun mengikat tali pertunangan.
Sebagai rujukan, Azri mengasahkan pertunangannya bersama Dr Azra kepada umum di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu.
Azri dan Ellie Suryati telah bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 14.
Baca : “Allah yang tentukan sayang” – Kekasih Bagi Ucapan Birthday, Azri Iskandar Bercinta Dengan Komposer