Susulan dakwaan ND Lala telah berkahwin lain baru-baru ini, isterinya, Fauziah Sarman telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Isnin pagi dipercayai untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
Menurut sumber, ketika Fauziah ditemui dan ditanyakan berkenaan dakwaan terbabit dia hanya menjawab bahawa dia tidak tahu bila suaminya itu bernikah lagi satu dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.
https://www.instagram.com/p/CcZhpgTLU9C/
“Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya.
Difahamkan, Fauziah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi itu bersama adik perempuannya, Effi namun diminta untuk ke mahkamah bagi urusan memfailkan permohonan cerai.
Sebelum ini, Fauziah telah memuat naik sebuah gambar wanita dengan kapsyen yang menerangkan bahawa wanita itu adalah isteri kepada suaminya, ND Lala namun, apabila ditanya, Fauziah tidak memberikan sebarang jawapan.
“Entahlah, tak boleh nak cakap,” jawabnya sambil mengesat air mata.
Dalam pada itu, Effi memberitahu, bukan mudah untuk kakaknya membuat keputusan memfailkan permohonan cerai itu memandangkan mereka sudah berkahwin selama 34 tahun.
https://www.instagram.com/p/BqwLKrCBUNL/
“Usia perkahwinan mereka 34 tahun. Sayang mesti sayang dengan rumah tangga yang dah lama. Tapi, tulah keadaan mungkin, kita tak tahu kan macam mana. Doakan yang baik-baik.”
“Saya dan kakak ada di sini hari ini secara tiba-tiba. Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi tulah hati perempuan kan,” jelasnya.
Fauziah dilihat memakai jubah berwarna hijau gelap kelihatan sugul, namun tetap tersenyum dan lebih banyak berdiam diri daripada bercakap.
Semoga semuanya baik sahaja buat mereka…
Sumber : Harian Metro, mStar
Baca : Isteri ND Lala Sahkan Suami Sudah Berkahwin Lain, Didakwa Rakan Sekolah Shila Amzah