Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian seorang lelaki yang mendapat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meskipun individu itu mempunyai enam buah rumah untuk disewakan.

Difahamkan, dia menjadi layak mendapat bantuan daripada kerajaan kerana lelaki tersebut tidak mengisytiharkan pendapatan sewaan rumahnya itu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Susulan penularan mengenai ketidakjujuran individu tersebut, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) kini sedang menyiasat lelaki itu di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Ini kerana dia disyaki gagal mengisytiharkan pendapatan sewaannya, lapor Buletin TV3.
Artikel Berkaitan: “Ada 6 buah rumah sewa, dapat STR” – Kerajaan Berhak Tarik Balik Bantuan Sekiranya…
Artikel berkaitan : Bayaran SARA ‘One-off’ RM 100 Boleh Mula Ditebus Mulai 9 Februari Ini
Kementerian Kewangan turut mengesahkan bahawa hartanah yang dimiliki oleh lelaki itu adalah benar selepas siasatan dijalankan oleh pihak MoF di mana ia telah didaftarkan atas nama penerima bantuan itu dan pasangannya.
Maklumat itu telah disahkan berdasarkan maklumat pindah milik yang direkodkan dalam sistem e-Duti Setem LHDNM.
Oleh itu, pihak Kementerian Kewangan telah menarik balik kelulusan bantuan SARA dan STR lelaki tersebut.
Dalam masa yang sama, semua pemohon bantuan kerajaan Malaysia diingatkan untuk sentiasa memberikan maklumat yang benar dan tepat apabila membuat permohonan bantuan yang disediakn oleh kerajaan.
Pihak kerajaan berhak menarik balik mana-mana bantuan yang diluluskan dan mengambil tindakan undang-undang kepada mana individu yang didapati memberi maklumat tidak tepat atau palsu ketika memohon bantuan kerajaan.
Sumber: Buletin TV3
