in

Lepas 6 Tahun Bergelar Suami Isteri, Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?

Kaka Azraff Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja semalam kita dikejutkan dengan berita pelakon Que Haidar telah bercerai dengan isterinya, Linda Jasmine, hari ini pula muncul dakwaan mengatakan penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff sudah bercerai talak satu.

Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun itu dikatakan telah bercerai hari ini dan pengesahan lafaz cerai dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.


Snapinsta.app 410746234 18404995879027033 4484934985628331588 N 1080

Artikel berkaitan: Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin

Artikel berkaitan: Selepas 18 Tahun Bersama, Fazley Yaakob Sah Bercerai

Menurut Kosmo, sumber yang enggan dikenali berkata, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35 dilihat hadir ke mahkamah seawal jam 9 pagi tadi.

Penyanyi itu dan suaminya dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjgaan tiga anak mereka.

Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini. 

“Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.

“Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama,” kata sumber.

Menerusi tinjauan di Instagram, Kaka ada berkongsi momen bahagia bersama keluarga ketika menyertai satu aktiviti di sebuah premis permainan hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, Aryan, 3 dan Atta Adam, 15 bulan.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. 

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.