in

Lepas 13 Tahun Tayangan, Ini 5 Selebriti Yang Meninggalkan Running Man

cats9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa kecil-kecil dulu, min paling suka tengok variety show yang best-best dekat TV. Min yakin banyak daripada korang pun suka tonton sebab mencuit hati gila! Paling favourite dalam kalangan rakyat Malaysia mestilah rancangan Running Man yang berasal dari Korea Selatan.

Kalau nak tahu, ia merupakan rancangan hiburan paling lama bertahan di negara tu iaitu selama 13 tahun tau!


Namun yang menyedihkan, ada beberapa ahli Running Man yang tak bertahan lama dalam rancangan tu, walaupun ianya mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia.

Jom min kenalkan korang dengan ahli-ahli Running Man yang dah ‘pergi’ dari rancangan tu:

1. Lizzy

lizzt

Lizzy atau nama sebenarnya, Park Soo Ah merupakan antara ahli Running Man terawal yang menyertai rancangan itu. Pada mulanya, dia hanya beraksi sebagai tetamu jemputan pada usia 19 tahun namun, telah diserap masuk sebagai ahli tetap pada November 2010, episod ke-18.

Penyanyi dan pelakon Korea ni juga merupakan ahli kumpulan K-pop yang terkenal iaitu After School yang mula debut pada tahun 2009. Disebabkan itu, jadualnya menjadi padat dan hanya sempat bersiaran sebanyak 10 episod sahaja dalam rancangan itu.

Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara yang dijalankan Radio Star, Lizzy berkata yang dia tak akan teragak-agak untuk masuk ke dalam Running Man semula jika menerima tawaran daripada pihak produksi.

Artikel berkaitan: “Sumpah sedih weh!” – Jeon So Min Umum ‘Bersara’ Dari Running Man Lepas 6 Tahun Bersama

2. Song Joong Ki

song joong ki getty

Kalau korang tersekat dalam puzzle, Joong Ki inilah orang yang patut korang minta tolong. Pelakon hensem Korea Selatan ini merupakan antara ‘original member‘ dalam show ini. Disebabkan wajahnya yang tampan, dia banyak meraih populariti ketika menjadi ahli dalam rancangan ni.

Watak utama Descendants of the Sun ini mula menyertai Running Man pada tahun 2010 namun, hanya bertahan sebanyak 40 episod sahaja. Katanya, dia memutuskan untuk berhenti kerana ingin fokus pada karier lakonannya. Untuk rekod, dia juga pernah membintangi filem dan siri yang popular seperti The Battleship Island dan Vincenzo.

3. Kang Gary

gary intext data

Kang Hee Gun atau lebih dikenali sebagai Gary merupakan penyanyi rap dan penulis lirik di Korea. Dia ni popular dalam Running Man disebabkan kelakuannya yang malu-malu bila ada je tetamu perempuan jelita yang datang. Tapi, yang paling peminat suka ialah dengan Song Ji Hyo, ahli wanita pertama dalam rancangan itu. Sampaikan, ada yang ‘ship’ mereka tau!

Uniknya, mereka berdua diberi julukan ‘Monday Couple‘ yang bermaksud mereka hanya akan berlakon sebagai pasangan pada hari Isnin sahaja namun menjadi musuh pada hari yang lain.

Akan tetapi, pasangan hari Isnin itu telah dibubarkan dengan pemergian Gary pada episod ke-324, tahun 2016 kerana ingin fokus pada karier muziknya. Kehilangan dia amat memilukan peminat terutama sekali Ji Hyo yang rapat dengannya.

Artikel berkaitan: Ramai Puji Telatah Comel Anak Bongsu Haha Running Man Dalam Rancangan ‘Haha Bus’

4. Lee Kwang Soo

lee

Siapalah tak kenal dengan ‘joker‘ yang selalu hiburkan hati peminat Running Man ni? Pelakon Korea Selatan ni memang terkenal di negara-negara Asia sehingga diberi julukan ‘Putera Asia’ oleh peminatnya.

Selain tu, dia juga pegang gelaran ‘Zirafah Pengkhianat’ disebabkan ketinggiannya serta sifat yang suka mengkhianati dan memerangkap ahli kumpulan Running Man yang lain.

Namun begitu, Kwang Soo telah berhenti dari rancangan tu pada 24 Mei 2021 disebabkan kecederaan buku lali akibat daripada kemalangan kereta yang dialaminya pada tahun 2020. Untuk rekod, dia telah bersama Running Man selama 11 tahun dari episod satu hingga episod ke-559.

5. Jeon So Min

soo

Ahli perempuan ketiga Running Man ini merupakan seorang pelakon dan juga model. Dia adalah ahli terbaru rancangan itu dengan gandingannya, Yang Se Chan. Untuk makluman, dia telah menyertai Running Man sebagai member tetap pada April 2017 iaitu episod ke-346.

Alangkah sedihnya, dia juga bakal meninggalkan show itu selepas 6 tahun bersama. Kata agensi lakonannya, So Min memerlukan sedikit masa untuk berehat bagi memberikan yang terbaik kepada peminatnya. Episod terakhirnya bakal disiarkan pada 30 Oktober 2023.

Sumber: VOI, Fandom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.