in

Lembu Baka ‘Boek’ Berjaya Dijual Pada Harga RM20 Juta Dalam Acara Lelongan

cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harganya lebih mahal daripada sebuah banglo mewah. Seekor lembu putih gergasi bernama Viatina-19 FIV Mara Imoveis berjaya dijual dengan harga AS$4.3 juta (kira-kira RM20 juta) dalam satu acara lelongan di Arandu, Brazil.

Menurut sumber, lembu baka Nelore berusia empat tahun setengah itu dijual oleh Agropecuaria Casa Branca kepada Nelore HRO, sekaligus menjadikan ia sebagai lembu paling mahal di dunia. Harga satu pertiga daripada lembu itu sahaja dijual dengan harga AS$1.44 juta (kira-kira RM6.5 juta).


Harga tinggi itu menandakan nilai sebenar baka Nelore yang mempunyai kualiti genetik yang tinggi. Lembu Nelore adalah baka yang bercirikan bulu putih terang dengan bonggol yang sedikit berbeza di atas bahunya.

HMviata 1688270281

Menurut Oklahoma State University, lembu baka ini mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap suhu lebih panas berikutan kulitnya yang longgar, berjuntai serta memiliki kelenjar peluh dua kali lebih besar daripada kebanyakan baka haiwan itu di Eropah.

Untuk rekod, baka itu berasal dari India dan dinamakan sempena daerah Nellore di negeri Pradesh. Baka Nelore menjadi salah satu baka lembu yang penting di Brazil kerana kemampuannya untuk membesar dengan makanan ternakan berkualiti rendah, selain memiliki kecekapan metabolisme.

Selain itu, lembu baka ini juga mudah untuk membiak kerana lembu betina mempunyai keluasan bukaan pelvis dan saluran kelahiran yang besar. Malah, anak lembu juga memerlukan hanya sedikit interaksi dengan manusia untuk berjaya membesar hingga dewasa.

Lembu baka ini juga mempunyai ketahanan terhadap beberapa jangkitan parasit kerana tekstur kulitnya yang padat, menjadikannya sukar untuk serangga penghisap darah untuk menembusi.

Dengan kelebihan yang ada pada baka lembu Nelore ini, tidak mustahil jika ia dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit.

Kredit: Harian Metro

BACA: “Kenapa tak terfikir” – Netizen Terpegun Tengok Cara Baharu Cuci Perut Lembu

Capture 5

Sumber: Time News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.