Rasanya ramai dah tahu tentang perbezaan masa yang boleh dikatakan unik berlaku di beberapa tempat di luar negara. Sebagai contoh, waktu malam dan siang di negara kutub utara tidak sama dengan waktu di negara lain.
Namun begitu, satu video yang dimuat naik oleh pengguna X, menunjukkan ‘fenomena aneh’ berlaku di beberapa perbatasan tempat di Indonesia.
FENOMENA ANEH ?!
Adakah penjelasan Ilmiah untuk ini?
– Manokwari, Papua pic.twitter.com/pWe09piaF4
— Minda Art (@mindaart) December 27, 2023
Waktu berubah bila sampai jambatan & bukit
Pada awalnya, lelaki itu menunjukkan waktu pada telefonnya iaitu jam 17.44 (5.44 petang) ketika dia berada di sempadan antara Kabupaten Manokwari dan Manokwari Selatan, Indonesia. Apabila dia tiba di satu jambatan, waktu di telefonnya berubah ke jam 15.44 (3.44 petang).
Namun, semasa dia melalui satu bukit selepas melepasi jambatan itu, waktu di telefonnya berubah semula ke jam 17.46 (5.46 petang). Kalau korang perhatikan, perubahan waktu adalah sebanyak 2 jam dan berlaku di tempat yang agak dekat.
Artikel berkaitan: Hormati Waktu Azan, Tindakan Seorang Lelaki Azan Di Tempat Karaoke Raih Pujian Sebab Sedap
Artikel berkaitan: “Semua dia sebat” – Individu Curi Barang Depan Rumah Orang, Waktu Siang Pun Buat ‘Kerja’
Perubahan waktu Indonesia Barat & Indonesia Timur
Menurut portal Kompas.com, di Indonesia terdapat pembahagian tiga wilayah waktu iaitu Waktu Indonesia Barat (WIB), Waktu Indonesia Timur (WIT), Waktu Indonesia Bahagian Tengah (WITA). Jarak waktu antara ketiga-tiga wilayah itu juga lebih kurang 1 hingga 2 jam.
Jelas dalam video, pada jam 17.44 (5.44 petang) ketika lelaki itu sedang berada di wilayah timur dan waktu akan mengikut jam WIT. Apabila dia sampai ke jambatan, waktu berubah ke jam 15.44 (3.44 petang) disebabkan tempat itu sudah masuk di wilayah barat dan mengikuti jam WIB.
Semasa dia melalui bukit pula, jam berubah ke waktu asal iaitu pada pukul 17.46 mengikut waktu timur (WIT). Ini kerana, tempat di sekitar bukit itu telah pun masuk di wilayah timur Indonesia.
Menjengah di ruangan balas, ada beberapa netizen Indonesia turut memberi respon.
Sumber: X, Kompas.com, Mindafilm