in

Lelaki Tunjuk Gambaran 18 Tingkat Neraka Cina, ‘Kelahiran Semula’ Bergantung Pada Dosa & Pahala

taoism 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan, perayaan Tahun Baru Cina yang berlangsung beberapa hari lepas disambut meriah oleh kaum Cina. Selain berkunjung ke rumah sanak saudara, mereka juga akan pergi ke tokong untuk melakukan ibadat.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan gambaran neraka Cina yang berada di sebuah tokong terletak Genting Highlands. Peringkat neraka tersebut merupakan kepercayaan penganut fahaman Taoism.


Ada 18 tingkat neraka Cina

Lelaki yang bernama @kionzchan itu berkata, selain tokong itu dibina untuk tujuan beribadat, ia juga dijadikan tempat pelancongan dan ramai juga penganut agama lain datang dan salah satu tarikan yang ada di situ adalah satu lorong yang dinamakan ‘Journey To Enlightenment’.

Lorong tersebut membawa pelawat di situ ke setiap 18 tingkat neraka serta hukuman yang dikenakan kepada setiap pendosa. Pada mulanya, setiap orang yang telah meninggal dunia akan dibawa ke kaunter pendaftaran.

Artikel berkaitan: “Apa dosa kami?” – Wawancara 2 Kanak-Kanak Palestin Cetus Sebak, Kongsi Keperitan Hidup Tanpa Ayah

Artikel berkaitan: Berdosa Tayang Gambar Juadah Di Media Sosial Sebelum Berbuka – Mufti Pulau Pinang

Di tingkat kedua, orang itu akan menghadap hakim yang menghakimi dosa-dosa yang telah dilakukan serta boleh melihat setiap dosa yang dilakukan di dunia melalui sebuah cermin. Seterusnya, pendosa itu akan dihukum dalam minyak panas.

Lagi berdosa, lagilah dimasukkan ke level neraka yang lebih dalam untuk menerima hukuman yang lebih mendalam.

Bagi pendosa yang selalu menipu, mereka akan menerima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka di dunia. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut tidak dapat menunjukkan kesemua tingkat neraka itu kerana visualnya yang agak mengerikan.

Kena minum sup untuk lupakan kisah silam

Setelah tamat segala hukuman, pendosa itu dibawa ke satu tempat dan disuruh untuk minum sup bagi melupakan segala perkara yang telah berlaku termasuklah perjalanan hidup di dunia dan hukuman yang diberikan sebelum itu.

Penganut Taoism mempercayai bahawa roh akan berterusan untuk hidup. Jadi, dia akan lupakan segala yang berlaku sebelum ini dan kemudian dibawa ke stesen seterusnya untuk dilahirkan semula.

Kemudian, lelaki tersebut menunjukkan satu gambar rajah keadaan setiap pendosa yang dilahirkan semula dan ianya bergantung kepada dosa yang pernah dilakukan. Bagi orang yang kurang dosa dan banyak berjasa, mereka akan dilahirkan menjadi orang bangsawan manakala orang kurang dosa akan menjadi rakyat biasa.

Bagi pendosa yang melakukan kesalahan berat, mereka akan dilahirkan semula menjadi haiwan seperti harimau, ayam dan lain-lain.

Yang lebih teruknya, dosa lebih berat akan dilahirkan semula sebagai haiwan seperti harimau dan ayam. Yang paling teruknya adalah menjadi serangga.. paling dosa besar.

Di akhir video, dia membuat penafian bahawa kesemua hukuman tersebut tidak dapat dipastikan betul ataupun tidak namun setiap agama mempraktikkan penganutnya untuk berbuat baik dan mengumpul pahala ketika masih hidup di dunia.

@kionzchan

Neraka Cina di dunia. Jom kita tengok apa rupa neraka yang di percayai oleh kepercayan taoism. Semperna Tahun baru cina #cny2024 bila #kionzchan melawat tempat ibadat, meh kionz bawak korang pergi lawat neraka cina di tokong Chin Swee temple genting highlands #kitaCreators #malibelajar #LearnOnTikTok #tasteofcny2024 #chineseculture #taoism #chinese #chinesenewyear #chinsweecavestemple

♬ Chinese New Year – Lux-Inspira

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh lelaki tersebut.

taoism 1 taoism 2 taoism 3

Min pun baru tahu pasal ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.