in

Lelaki Terserempak Dengan Kawan Lama, Terus Bayar Hutang RM46K Lepas 22 Tahun ‘Lost Contact’

Ft Bayar Balik Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu perkara yang menceriakan hari kita adalah bila terjumpa dengan sahabat lama kita, lebih indah lagi, apabila si sahabat itu melunaskan hutang yang diberikan biarpun pada waktu itu mungkin kita dah halalkan, lebih-lebih lagi kalau dah lebih 2 dekad ia berlaku.

Tapi siapa sangka, tuah berpihak kepada lelaki dari Thailand ini apabila sahabatnya melunaskan semula hutangnya setelah terserempak dengan kawan lamanya itu yang sudah 22 tahun lost contact.


Artikel Berkaitan : “3 tahun bukan sekejap” –  Pembekal Dakwa Semboyan Supermarket ‘Liat’ Bayar Hutang Lebih RM20,000?

Artikel Berkaitan : Pernah Diejek Jadi Polis Bantuan, Lelaki Tak Kisah Tolong Kawan ‘Loaded’ Bayar Hutang Ah Long

 

Langsaikan hutang RM46K selepuk

Lelaki itu dan rakannya terputus hubungan pada 22 tahun lalu di New York, Amerika Syarikat di mana lelaki Thai itu bekerja sebagai ketua chef dengan pendapatan USD 6,000 seminggu.

Menurut sumber, mereka lost contact bukanlah sebab perkara negatif seperti pergaduhan dan cabut lari, tetapi dia tidak berpeluang membayar balik pinjamannya sebanyak USD10,000 atau lebih kurang RM46,790 kerana kedua-duanya menukar nombor telefon.

Namun begitu, takdir telah menemukan mereka berdua selepas 2 dekad di Thailand, mereka terserempak antara satu sama lain di Siam Paragon Mall di Bangkok. Kata lelaki dari Thailand menerusi TikTok miliknya, rakannya itu tidak pernah lupa akan hutang tersebut.

Jadi, rakannya itu terus bayar penuh RM46,700 itu dalam bentuk USD, dalam video tersebut kelihatan rakannya itu mengeluarkan timbunan wang tunai USD 100 di dalam kereta sebelum diberikan kepada @kanokayai2022 sebelum ditukar kepada Thai Baht.

@kanokyai2022

#โลกช่างกลมเหลือเกิ้น#อย่าปิดการมองเห็น #กนกใหญ่

♬ suara asli – Wahyu Hidayat – Wahyu Hidayat

“Dunia ni bulat haha. Sukar dipercayai. Seorang kawan yang pernah meminjam wang daripada saya 22 tahun lalu, ketika saya tinggal di New York, dia datang berjumpa saya dan membayar balik wang itu (dia meminjam daripada saya). Dunia ini gila. Ia benar-benar bulat.”

Memang durian runtuh buat lelaki ni, jumpa kawan lama, dapat balik hutang lama dia tu.

Sumber : TikTok, WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.