Dalam kita berusaha menghalang Covid-19 dari terus tersebar, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuklah menerima suntikan vaksin.
Menyedari usaha itu, seorang lelaki di New Zealand dikesan telah menerima sebanyak 10 suntikan vaksin Covid-19. Memetik laporan DW, tindakan lelaki itu menerima suntikan vaksin Covid-19 adalah untuk ‘orang lain’.
Dalam pada itu, pakar vaksin, Profesor Madya Helen Petousis-Harris menyifatkan tindakan tersebut sangat mementingkan diri dan mengambil kesempatan ke atas individu yang dalam kesempitan dan mempunyai krisis kewangan.
Tindakan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada mereka yang tidak menerima vaksin selain menyebabkan penularan wabak Covid-19 secara lokal.
Tambah Petousis-Harris lagi, sebenarnya tiada bahaya untuk mengambil beberapa dos suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari, namun individu berkenaan akan mengalami demam dan sakit kepala yang lebih teruk pada hari seterusnya akibat kesan sampingan penerimaan vaksin.
Siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengunjungi beberapa pusat vaksin dan dibayar untuk mengambil suntikan itu.
Baca: CEO Pfizer: Dos Keempat Vaksin Covid-19 Mungkin Diperlukan Kerana Varian Omicron