Semenjak kebelakangan ini, isu berkaitan ‘alpha male’ atau ‘lelaki sejati’ telah menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet di beberapa platform media sosial.
Beberapa hari lepas, Nazrudin Rahman telah tampil dan memberi pendapatnya mengenai isu tersebut melalui sebuah ciapan di akaun Twitternya.
Pengacara berusia 44 tahun itu memberitahu, individu yang memiliki personaliti yang dikatakan ‘alpha’ itu tidak akan membanggakan diri dan berkongsi mengenai tahap ‘alpha’ mereka dia media sosial.
Tinggalkan pesanan kepada ‘wannabe alphas’?
Kepada wannabe alphas,
Real alphas, don’t rant on tiktok about their alpha-ness.
Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities.
Do not confuse being alpha with kurang ajar.
— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) January 17, 2023
“Kepada wannabe alphas, Real alphas, don’t rant on TikTok about their alpha-ness. Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities,” tulisnya di ciapan tersebut.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan apa yang cuba disampaikan oleh Nazrudin ialah, seorang lelaki sejati memahami dan tahu cara-cara untuk mengawal perkara tertentu dan tidak malu untuk akui kelemahan diri sendiri.
Nazrudin atau lebih mesra dengan panggilan Abang Naz, menegaskan agar pengikutnya memahami maksud sebenar lelaki ‘alpha’ dan tidak tertukar dengan perangai kurang ajar.
“Do not confuse being alpha with kurang ajar,” tegasnya.
“Lelaki alpha tak mengaku dia alpha” – Netizen
Carian kata kunci ‘alpha male’ di Twitter telah menjadi tular dan hangat diperkatakan oleh warga net. Rata-rata warganet menggunakan kata kunci itu untuk memberikan pendapat mereka mengenai isu tersebut.
Hmmm apa pendapat korang pasal alpha male ni semua?