Sedih hati admin apabila melihat satu video yang viral di TikTok beberapa hari lalu memaparkan seorang pekerja pembersihan warga asing dilihat menjamah nasi ketika sedang berehat.
Menerusi video yang dikongsikan individu dikenali sebagai Ben Ismail ini, dia katanya telah terjumpa dengan pekerja pembersihan tersebut yang disifatkan sebagai seorang yang sangat rajin.
Namun apa yang membuatkannya sayu adalah apabila melihat pekerja itu hanya menjamah nasi putih ‘berkuahkan’ air kosong sahaja.
Bila tanya, dia cakap duit nak hantar kampung. Walaupun makan macam ni dia tetap senyum.
“Bila nasi jatuh dia kutip balik. MasyaAllah semoga dia orang terus dilimpahi rezeki. Allah Aamin,” tulisnya.
@ben.ismail_ Tadi ada jumpa pekerja pembersihan yg sangat rajin masa diorg tengah rehat saja pi tengok skli dia mkn nasi letak air kosong ja bila tanya dia cakap duit nk hantar kampung… walaupun mkn mcm ni dia tetap senyum bila nasi jatuh dia kutip balik… Masyallah semoga diorg terus dilimpahkan rezeki Allah Aamin #CapCut
“Ya Allah apa yang aku tak bersyukur lagi ni”
Video ini mengundang pelbagai komen dari netizen yang sedih melihat situasi pekerja tersebut.
Ramai yang mendoakan agar lelaki ini terus tabah dengan kehidupannya dan memuji pengorbanannya dalam membahagiakan keluarga di kampung.
Min salute betul dengan orang macam ni. Sanggup berkorban apa saja demi mencari nafkah yang halal.
Sumber: TikTok