in

Lelaki Pesan Orang Ramai Berwaspada Selepas Dijemput Pemandu GRAB Berbeza

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang memang mudah untuk dapatkan kemudahan pengangkutan. Lebih memudahkan apabila kini adanya perkhidmatan kenderaan peribadi. Namun di sebalik kemudahan yang digunakan ramai itu, ada juga cerita lain di sebaliknya.

Seperti yang dilalui seorang lelaki berusia 24 tahun ini yang berkongsi pengalaman pelik dilaluinya dengan Grab. Baru-baru ini, Jern Siong mendapatkan perkhidmatan Grab melalui aplikasi di telefon bimbitnya tetapi pemandu yang muncul bukan lah pemandu yang sepatutnya menjemputnya.


grab0

Melalui status di Facebook, Jern menulis,

 

“Jika anda menempah perjalanan melalui Grab, namun orang yang berbeza menghubungi anda atau tiba dan berkata pemandu yang sepatutnya menjemput anda menghantarnya, JANGAN MASUK KE DALAM KERETA ITU.”

“Pemandu ini yang sepatutnya menjemput saya dan menghubungi saya serta memberitahu beliau akan tiba dalam masa 10 minit. Saya berasa curiga kerana ikon keretanya tidak bergerak selepas dilihat di peta, jadi saya menghantar mesej padanya.”

[sociallocker id=1666]

Menurut Jern, selepas 15 minit menunggu ikon kereta pemandu itu tidak berganjak langsung dari tempat asalnya itu dan beliau turut menerima panggilan daripada seorang wanita.

“Saya menerima panggilan daripada seorang wanita Melayu mengatakan bahawa beliau berada di luar sedang menunggu saya.”

Jern yakin bahawa pemandu yang sepatutnya tiba adalah lelaki, terus beliau menanyakan tentang hal itu kepada pemandu wanita tersebut. Wanita itu terus menjawab,

Oh, pemandu lelaki itu menghantar saya untuk menjemput awak.”

what confused amy poehler paul rudd confusion

Apabila ditanyakan soalan berkali-kali, wanita itu terus berkata ingin menghubungi pemandu lelaki tersebut untuk mengesahkan perkara itu sekali lagi.

“Saya meletakkan telefon dan terus membuat laporan kepada pihak Grab dan membatalkan perjalanan tersebut.”

Menurut Jern, Grab memberi respon yang pantas untuk mengendalikan kes ini selain terkejut dengan pengalaman tidak menyenangkan dilalui olehnya.

grab2

grab3

“Jern, jangan gunakan perkhidmatan kereta itu. Berikan kami nombor telefon yang menghubungi anda dan memberitahu bahawa pemandu (lelaki) itu menghantarnya untuk menjemput anda. Kami perlukannya untuk siasat kes ini. Sementara itu, sila tempah perjalanan yang lain. Terima kasih.”

[/sociallocker]

Bagus juga Grab ni, beri respon dan tindak balas dengan pantas.

“Sila pastikan anda dalam keadaan yang selamat dan sudah membatalkan tempahan itu. Kami sudah sampaikan kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat isu ini dengan kadar segera. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang anda lalui.”

grab4

Rupa-rupanya kes sebegini bukanlah kali pertama berlaku bagi perkhidmatan kereta peribadi sebegini.

“Saya pernah baca kejadian yang lebih kurang sama di internet namun tidak ingat di mana. Mengikut kes itu tiada apa yang berlaku kepada penumpang yang terlibat, tetapi lebih baik jika perkara sebegini tidak berlaku langsung.”

“Keselamatan diri sentiasa menjadi taruhan. JANGAN PERNAH menaiki kereta orang yang tidak dikenali kecuali dia adalah pemandu Grab sebenar yang sepatutnya menjemput anda.”

Namun, menurut Jern Siong beliau bukanlah mahu menyalahkan dan memburukkan Grab atau syarikat perkhidmatan kenderaan peribadi yang lain tetapi hanya mahu berkongsi pengalaman dilaluinya dengan tujuan menyebarkan kesedaran tentang penipuan sebegitu dan supaya orang ramai lebih berwaspada.

karborn glitch man vhs surreal

Jern turut memberi peringatan kepada semua dan beberapa langkah yang perlu diambil jika perkara sebegini berlaku kepada sesiapa:

“Ambil gambar maklumat pemandu, nombor telefon dan apa sahaja maklumat tentang pemandu ‘ganti’ serta buat laporan kepada pihak Grab. Kemudian batalkan atau tempat perjalanan yang lain.”

Kepada yang selalu menggunakan perkhidmatan kenderaan peribadi sebegini pastikan anda berjaga-jaga dan beritahu keluarga serta rakan-rakan supaya mereka juga sentiasa berwaspada dengan kes-kes penipuan. Apatah lagi, ianya boleh berlaku di mana dan kepada sesiapa sahaja!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.