in

Lelaki Pesan Fish n Chips di Restoran Mewah Tetapi Dihidangkan Ikan Bilis!

Fish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah kalau pergi fine dining dekat hotel atau restoran mahal, saiz makanan sudah semestinya ‘ciput’ je. Mereka lebih mementingkan kualiti, rasa dan presentation sesuatu makanan itu daripada saiz yang dihidangkan.

Fine
sumber: cedar manor

Namun seorang lelaki baru-baru ini melalui pengalaman yang lebih teruk dan melucukan ketika makan di sebuah restoran mewah di Singapura.


Jaze Phua telah membuat keputusan untuk merasai pengalaman makan di sebuah restoran dan lounge mewah yang terletak di Tingkat 33, Marina Bay Financial Centre Tower, Singapura. Restoran itu terkenal dengan harga makanan yang mahal dan pelanggan dikehendaki mematuhi kod pakaian.

Namun, kemewahannya hanyalah pada nama, tidak dipersembahkan melalui hidangan mereka. Jaze memesan fish n chips dan terkejut dengan hidangan yang diterimanya!

Pada mulanya saya sangkakan hidangan ini adalah pembuka selera sahaja. Rupa-rupanya ia adalah hidangan yang berharga SGD$17.50 (RM54.31).

Ia sama seperti anda membeli sebuah kereta tetapi apa yang diterima adalah kereta mainan pada harga yang sama.”

Fine2
sumber: facebook

Gambar yang kemudian dimuat naik oleh Jake di Facebook itu menjadi viral dan netizen rata-rata terkejut dan tidak percaya ada orang yang sanggup berhabis duit untuk hidangan sekecil itu.

Ternyata, Jaze bukanlah satu-satunya yang tertipu dengan hidangan di restoran mahal itu. Melalui ruangan review di page Facebook restoran tersebut, beberapa orang netizen membuat aduan tentang pengalaman mereka di situ sebelum ini.

Fish1

Fish n chips yang dihidangkan cuma enam atau tujuh kentang goreng dengan ikan bilis yang diletakkan di atas setiap kentang itu, sangat mengecewakan.”

Fish2

Fish n chips sebenarnya adalah ikan bilis dan kentang goreng, sangat inovatif…”

Confirm menyesal habis mamat tu!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.