in

Lelaki Parkir Lawan Arus, Selamba Tidur Terbaring Atas Motor Sampai Ternganga

terlentang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah korang terkategori dalam jenis manusia yang susah nak tidur atau yang jenis yang sangat mudah lelap? Ada pulak tu yang jenis kalau dia dah mengantuk, campaklah kat mana pun, boleh jugak lena.

Bercakap pasal topik tidur ni, hari ini min nak kongsikan pada korang satu video yang memaparkan aksi seorang penunggang motosikal yang tertidur di atas motornya.


Paling best, dia bukan tidur duduk tau tapi terbaring boekkk punya atas seat sampai ternganga!

Memetik laporan Thaiger, seorang lelaki dirakam kamera tertidur terlentang di atas motosikal miliknya. Selain gaya tidur yang lain daripada lain, motor lelaki terbabit juga difahamkan diparkir secara melawan arus di sebuah jalan raya.

Korang boleh tengok video lelaki ni tidur kat bawah:

https://www.facebook.com/watch/?v=639582940987722&t=8

Bahaya betul!

Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, lelaki berbaju kuning lengkap bertopi keledar itu sedang tidur tenganga di atas motosikal miliknya sebelum dihampiri dua lelaki yang cuba mengejutkannya.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dirakam di sebuah lokasi di Thailand itu sudah meraih hampir 500 ribu tontonan. Rata- rata netizen di ruangan komen pula memuji tindakan dua lelaki terbabit yang bertindak mengejutkan penunggang motosikal berkenaan.

2 e1667613639525

Difahamkan, penunggang motosikal berkenaan mengaku dia tidak mabuk, malah, sempat memberitahu kedua lelaki yang mengejutkannya bahawa dia berkeadaan baik. Pun begitu, penunggang terbabit kemudiannya dilaporkan meminta salah seorang daripada mereka membawanya pulang susulan tidak mampu untuk memandu.

Meski ramai yang menganggap insiden terbabit lucu, ramai juga yang mengkritik tindakan penunggang motosikal yang selamba tidur di atas motornya itu.

“Kot ye pun mengantuk, janganlah tidur tengah jalan. Arah bertentangan pulak tu pastu lorong nak masuk simpang,” komen netizen.

“Nasib baik ada yang baik hati kejutkan. Penat sangat kot sampai ternganga macam tu tidur atas motor,” tulis pengguna lain pula.

Sumber: Thaiger

Baca: “Amboi jat bukak turbo” – [VIDEO] Lebih 3,000 Orang Terhibur Tengok Sajat Tertidur Masa Live

sajat tertidur masa live e1667611912145

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.