Bayangkan korang tengah sedap memandu sambil mendengar lagu kegemaran korang di radio, tiba-tiba ada pula satu benda yang hinggap atas cermin kereta korang sehingga boleh mendatangkan maut. Kalau min, batu jatuh atas cermin pun dah boleh gelabah…
Lelaki nyaris maut dibaling ‘microwave’ sewaktu memandu di UK
Itulah apa yang terjadi di United Kingdom (UK) apabila seorang lelaki berdepan detik cemas nyaris maut selepas dua individu bertindak membaling ketuhar gelombang mikro sehingga menembusi cermin hadapan keretanya.
Menurut Utusan Malaysia, lelaki berusia 20 tahun itu difahamkan mengalami kecederaaan selepas barangan elektrik dapur itu dibaling betul-betul ke arah cermin pemandu kenderaannya sehingga menyebabkannya kaca berkecai dan berselerak.
Semasa kejadian berlaku, mangsa sedang memandu di Heapham Road di Gainsborough, Lincolnshire pada Sabtu lalu.
“Mangsa pada mulanya perasan skuter yang dinaiki dua orang itu meluru ke arahnya tanpa sebarang lampu kenderaan kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan.”
“Microwave itu kemudian dibaling ke arah kereta Ford Fiesta berwarna biru ketika mangsa sedang memandu.”
Menurut polis di sana, kejadian tersebut telah kerap berlaku di Gainsborough melibatkan jenayah dan kerosakan terhadap kereta awam sejak hujung minggu yang lepas.
“Kami percaya insiden pada hari ini dilakukan oleh orang yang sama dan boleh dikaitkan dengan kes-kes yang sebelumnya.”
“Kami akan mengambil insiden ini dengan serius dan akan mencuba untuk menangkap pelaku-pelaku yang tidak bertanggunjawab ini.”
Peh min pula seriau!
Baca: Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Cuba Curi Tabung Ekzos