Baru-baru ini, penyanyi sensasi Baby Shima mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang individu di media sosial.
Difahamkan, penyanyi lagu Lalai itu telah pun membuat laporan polis dengan ditemani Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, jam 2 pagi semalam.
Artikel berkaitan: “Jgn pulang dengan m*yat” – Baby Shima Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan B*nuh
Lelaki dakwa FB kena hack?
Susulan itu, pengguna media sosial terbabit tampil menafikan bahawa dia yang membuat hantaran ugutan terbabit.
Katanya, dia juga telah membuat laporan polis berkaitan hal ini dengan mendakwa ada pelaku yang tidak bertanggungjawab telah menggodam akaun Facebooknya dengan tujuan yang tidak munasabah.
“Laporan polis tersebut bertujuan untuk tindakan lanjut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti IP Address pelaku yang tidak bertanggungjawab mengguna pakai FB peribadi saya untuk tujuan tidak menusabah terhadap Baby Shima,” tulisnya yang turut memaparkan laporan polis itu.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan akan membuat laporan polis kepada mereka yang telah menabur komen negatif dan berkongsi gambar keluarganya di media sosial.
Memetik laporan Berita Harian, Baby Shima memaklumkan dia agak terkejut kerana ini kali pertama berhadapan dengan perkara itu.
Difahamkan, Baby Shima kini berada di Sarawak untuk menjayakan persembahan di acara MOTAC sempena sambutan ambang Tahun Baharu pada malam ini.
Sumber: Facebook, Berita Harian