Membantu mereka yang dalam kesusahan memang satu kerja yang mulia dan sangat digalakkan. Salah satu cara paling mudah untuk memberi bantuan adalah dengan membuat kebajikan.
Baru-baru ini, seorang lelaki dengan bangganya memberitahu bahawa dia telah membuat kebajikan bersempena dengan hari lahirnya. Dalam status beliau di Facebook, bersama satu gambar beliau membuat huraian panjang tentang pencapaian yang dilakukannya itu.
“Pada hari lahir kali ini, saya ingin membuat satu kelainan. Saya membuat keputusan untuk memberi daripada menerima. Walaupun hanya pemberian yang kecil dan kepada sebuah keluarga sahaja, tetapi kegembiraan yang terpancar di wajah mereka adalah satu perasaan yang sangat indah bagi saya.”
“Kita tidak boleh membantu dan menyelamatkan hidup semua orang, tetapi kita boleh memberi perubahan dalam hidup seseorang! Api bermula hanya dari percikan api!”

Lelaki berbaju biru itu adalah seorang jurulatih motivasi dan gambar tersebut telah menerima 90 likes daripada kawan-kawan Facebook nya. Tetapi rupa-rupanya beliau bukanlah seorang penderma!
Beberapa orang yang mengenalinya melalui laman sosial itu dan tahu cerita sebenar di sebalik gambar tersebut memberitahu bahawa lelaki ini sebenarnya TIDAK melakukan apa-apa langsung…kecuali memandu.
Rupa-rupanya, lelaki ini membantu Kechara untuk menghantar keluarga ini pulang ke rumah mereka. Kepada yang tidak pernah dengar tentang Kechara, ia adalah satu organisasi yang melakukan amal kebajikan dan terkenal di peringkat antarabangsa. Mereka bukan hanya membantu golongan miskin dan memerlukan, tetapi juga kepada haiwan.
Tambahan pula, apa yang lebih menjengkelkan adalah lelaki ini langsung tidak menyumbang kepada keluarga tersebut seperti yang beliau nyatakan.
[sociallocker id=1666]

Madhu Sevan dengan geramnya memberitahu cerita di sebalik penipuan lelaki itu di Facebook:
“Kalau anda perhatikan, wanita yang berdiri paling kanan sekali.. sebenarnya dia memakai t shirt Kechara..tetapi lelaki ini edit baju tersebut seolah-olah wanita itu hanya memakai t shirt kosong berwarna merah.”
[/sociallocker]
Bukan hanya menipu tentang dirinya membuat kebajikan, lelaki ini turut mencuba untuk menipu dan mengaku kebajikan itu semua datang darinya walhal semuanya dari pihak Kechara.
Menurut netizen yang lain, mana-mana komen yang mendedahkan penipuan besar beliau pasti akan dipadam dengan pantas. Bukan itu sahaja, beliau juga akan block sesiapa yang komen sebegitu untuk pastikan ianya tidak diketahui.

Netizen yang tahu tentang hal ini mengekspresikan rasa marah dengan tindakan lelaki ini yang membat penipuan secara terang-terangan.
“Ia bukan kebajikan jika anda mahukan kemasyhuran dan menggunakan kebaikan yang dilakukan orang lain. Karma pasti akan datang juga nanti. Selamat hari lahir bidadari, seperti yang dinyatakan dalam post anda”
“Ya Tuhan, lelaki ini memang tiada keyakinan. Bodoh. Buatlah kebaikan atas nama sendiri, bukan ambil daripada orang lain. Orang macam ni lah merosakkan imej mereka yang membuat kebaikan. Bangang.”
“Menggunakan kemasyhuran orang lain untuk diri sendiri….tak malu….phuuiii”
