in

Lelaki Maut di Johor Bahru Akibat Bekerja Keras Selama 13 Jam Setiap Hari Tanpa Henti!

Maut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesempitan hidup menyebabkan ramai orang terpaksa bekerja lebih masa atau melakukan beberapa kerja dalam satu masa demi untuk bertahan. Namun, perkara itu tidaklah elok untuk kesihatan tubuh badan dan malangnya, seorang lelaki dilaporkan mati baru-baru ini disebabkan perkara itu.

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian tragis itu berlaku di sebuah medan selera di Johor Bahru kira-kira jam 5.20 petang, 4 November lalu.


Maut 2
sumber: chinapress

Mangsa dikenali sebagai Yang Jiansheng, 47, disyaki meninggal dunia akibat kerja berlebihan. Menurut laporan Sinchew, Yang bekerja lebih 13 jam sehari! Lama tu…

Difahamkan, mangsa melakukan dua kerja dalam satu masa sejak lebih dua bulan lalu. Yang bekerja sebagai pembantu tukang masak di kantin pada jam 7 malam hingga 12 tengah malam.  Selesai kerja itu, dia akan pulang ke rumah dan berehat selama dua jam sebelum memulakan kerja di sebuah restoran lain. Di situ, Yang akan bekerja hingga jam 10 pagi keesokan harinya.

Maut 3
gambar hiasan

Pada awalnya, Yang bekerja di sebuah restoran tetapi ditutup untuk proses ubahsuai selama dua bulan. Pada tempoh itu, anak tunggal tersebut telah mendapat tawaran kerja di kantin berkenaan namun pemilik restoran memintanya untuk kembali bekerja selepas dibuka semula.

Menyangka dia akan mampu bertahan, Yang membuat keputusan untuk bekerja di kantin dan restoran. Badan pun perlu rehat….

Maut 4
gambar hiasan

Ketika kejadian berlaku, Yang dikatakan berjumpa dengan rakan-rakan di medan selera dan telah ke tandas namun mereka mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mangsa tidak kembali selepas beberapa ketika.

Jadi, mereka pergi ke tandas untuk memeriksa dan terkejut mendapati Yang terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri. Mereka kemudian segera menghubungi ambulan, malangnya Yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut ibunya, kesihatan Yang sebelum ini baik-baik sahaja dan tidak mempunyai penyakit kronik. Pihak polis berkata mereka tidak mengesyaki ada unsur jenayah dan mengklasifikasi kematian Yang sebagai kematian mengejut.

Jangan abaikan kesihatan badan meskipun anda rasa badan anda mampu bertahan. Wang bukanlah segalanya!

Baca: Doktor Muda Maut Selepas Bekerja Empat Hari Tanpa Rehat

Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.