in

Lelaki Malaysia Tak Perasan Termasuk Perairan Singapura, Reaksi Polis Buat Ramai Terhibur

syaz ft 2025 11 20T104251.203

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat asal sekumpulan pemancing ikan hanyalah untuk menikmati makan tengah hari di atas bot sambil menunggu umpan mengena, namun situasi bertukar, tidak seperti yang dirancang.

Sekumpulan lelaki yang sedang makan itu terkejut apabila mereka tiba-tiba menyedari bot yang dinaiki telah hanyut memasuki perairan Singapura.


Menerusi video TikTok dimuat naik oleh Mothership SG, pengguna TikTok @Fizreeajie dan rakan-rakannya dipercayai sedang asyik menjamu selera ketika angin kuat serta arus deras menyebabkan bot mereka perlahan-lahan bergerak jauh daripada lokasi asal tanpa disedari.

Artikel berkaitan: “Selalunya dia ajak saya bila nak memancing” –  Bapa Sedih & Terkejut Dapat Tahu Berita Anak Jatuh Sungai

Artikel berkaitan: Lelaki Cuba Peluk Ariana Grande Di Singapura Kena Penjara 9 Hari

Mereka hanya menyedari sudah melepasi sempadan selepas sebuah bot pasukan polis Singapura menghampiri dan memaklumkan bahawa mereka telah memasuki perairan negara itu.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian netizen ialah apabila polis marin Singapura berseloroh bertanya jika mereka mendapat keizinan isteri masing-masing untuk pergi memancing selain berkongsi muka isterinya bertukar ‘masam’ jika dia ingin pergi memancing.

@mothershipsg

the officer’s wife after watching this video: 🤔 One of the Malaysian men posted the wholesome interaction on his TikTok on Nov. 17. In his caption, he wrote: “[We were] happily eating lunch on the boat and didn’t realise we had drifted into Singapore. The winds are strong this season, so we didn’t notice the boat moving. Anyway, the Singapore police treated us well. Thank you, officer.” #fyp #tiktoksg #malaysia #singapore

♬ original sound – Mothership – Mothership

Dalam pada itu, polis berkenaan turut berkongsi kejadian bot pemancing Malaysia masuk ke sempadan laut Singapura merupakan perkara biasa setiap hari.

Anggota polis marin itu menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai masalah jika ada bot yang tersasar ke kawasan perairan Singapura. Katanya, sesetengah bot pernah cuba melarikan diri, namun dalam situasi seperti itu mereka hanya ingin membuat pemeriksaan.

Beliau turut menerangkan bahawa apabila sebuah bot memasuki perairan mereka, prosedurnya adalah melakukan pemeriksaan dan menasihatkan pemilik bot supaya kembali keluar dari kawasan tersebut.

Suber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.