in

Lelaki Kena Saman Hampir RM 2,000 Sebab Tanam Bunga Matahari Banyak Di Halaman Rumah

3bunga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki Missouri, Amerika Syarikat telah dipaksa membayar saman berjumlah $400 (bersamaan kira-kira RM 1,900) kerana mempunyai terlalu banyak bunga matahari di halaman depan rumahnya.

Screenshot 2022 11 06 at 12.25.51 PM

Chris Bank hadir di mahkamah pada 11 Oktober selepas beliau enggan memotong tanamannya dan melanggar peraturan bandar berkenaan nisbah rumput kepada bunga pada Ogos tahun ini. Beliau juga telah melanggar satu lagi peraturan majlis bandaraya kerana mempunyai pagar di halaman depan rumahnya.


Screenshot 2022 11 06 at 12.25.25 PM

Memetik laporan Daily Mail UK, Bank, yang mula menanam bunga di halaman rumahnya semasa pandemik Covid-19 yang melanda dunia hanyalah berniat untuk menggembirakan orang ramai. Namun, beliau telah menerima notis saman kira-kira setahun selepas menanam bunga matahari di halaman rumahnya.

Screenshot 2022 11 06 at 12.25.42 PM

Pada tahun 2021, jiran Bank telah melaporkan perbuatannya itu kepada pihak polis. Pegawai majlis bandaraya telah memberinya amaran untuk mencabut bunga itu atau dia perlu hadir ke mahkamah.

Screenshot 2022 11 06 at 12.25.34 PM

Untuk rekod, Bank kerap memuatnaik perkembangan bunga-bunganya di media sosial. Tahun ini, beliau telah menanam kira-kira 62 bunga matahari dari baka yang berbeza, antaranya dari baka Peach Passion, Chocolate Cherry dan Sunfill Purple.

 

Baca: Sayur Kangkung Diharamkan & Dianggap Tumbuhan Berbahaya Di Amerika Syarikat

Screenshot 2022 11 06 at 12.26.06 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.