in

Lelaki Itali Jadi Manusia Pertama Dijangkiti Covid-19, Monkeypox & HIV Dalam Masa Yang Sama

c19mp and hiv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat pelbagai penyakit berjangkit yang telah melanda seluruh pelusuk dunia, bermula dengan wabak Covid-19 dan kini kita sedang bertarung dengan Monkeypox pula.

Setakat ini, di Malaysia tiada lagi kes Monkeypox atau cacar monyet tetapi harini ini sahaja kes Covid-19 di negara kita mencapai 3,206 kes.


Baru-baru ini, seorang lelaki di Itali telah menjadi manusia pertama di dunia yang diuji positif Covid-19, cacar monyet dan HIV dalam satu masa yang sama.

Difahamkan, lelaki berusia 36 tahun itu mengalami beberapa simptom selepas melakukan lawatan singkat ke Sepanyol.

mp

Dalam laporan yang baru diterbitkan dalam Journal of Infection, lelaki itu dikatakan telah diuji positif Covid-19 pada 2 Julai dan keesokan harinya, dia mengalami lepuh (vesikel) yang kecil dan menyakitkan, serta ruam pada tubuh termasuk pada bahagian muka dan kaki.

Beberapa hari kemudian, lepuh di kulitnya telah menjadi benjolan yang lebih besar, disebabkan itu dia memutuskan untuk pergi ke hospital dan mendapati dia positif cacar monyet.

Selain itu, dia turut disaring untuk pelbagai jangkitan seksual dan diuji positif HIV-1, para penyelidik berkata jangkitan itu baru, kerana pesakit itu sebelum ini diuji negatif untuk HIV.

Lelaki itu dilaporkan telah pulih daripada Covid-19 dan cacar monyet pada 11 Julai, kulitnya telah sembuh dan hanya meninggalkan parut kecil.

Fuh, mesti sakit betul tu kan?

Baca: Gejala Hampir Sama Dengan Herpes & Syphllis, Monkeypox Dikira Sebagai STD?

Monkeypox Std

Sumber: Sansure

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.