in

Lelaki Ini Beri Amaran Palsu Mengenai Ancaman Pengganas Untuk Elak Bercuti Dengan Kekasih

man1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi untuk mengelak dari pergi bercuti dengan kekasihnya, seorang lelaki yang sudah berkahwin telah menghantar emel palsu kepada pihak polis mengenai ancaman pengganas melibatkan rampasan kapal terbang di beberapa bandar di India.

man1
Sumber: The Straits Times

Motaparthi Vamshi Krishna yang berusia 32 tahun, telah ditahan polis pada Khamis lalu (20 April) setelah amaran palsunya mengakibatkan kekecohan di beberapa lapangan terbang di Hyderabad, Chennai dan Mumbai walaupun tiada penerbangan dibatalkan.


Menurut pihak polis Hyderabad, Krishna telah menghantar emel kepada pihak polis di Mumbai dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang perempuan yang kononnya secara kebetulan terdengar perbualan enam orang lelaki yang sedang merancang untuk merampas kapal terbang di hotel.  

aid42348 v4 728px Know if Someone Is Talking Behind Your Back Step 6 Version 2
Gambar hiasan – Sumber: WikiHow

Walau bagaimanapun, tembelang Krishna akhirnya terbongkar apabila pihak polis berjaya mengesan alamat IP kepada sebuah kafe internet di Hyderabad selepas mengetahui alamat emel yang digunakan penghantar.

Krishna yang juga seorang agen perlancongan telah dikesan melalui footage CCTV di kafe internet tersebut. Dia mengaku bahawa dia mempunyai seorang teman wanita online di Chennai yang mengajaknya untuk bercuti ke Mumbai dan Goa.

Namun disebabkan dia tidak mempunyai wang, Krishna telah merancang untuk menghantar tiket palsu kepada kekasihnya dari Chennai ke Mumbai sebelum membuat akaun emel baru dan menghantar amaran palsu tersebut kepada pihak polis. Huh, sampai macam tu sekali!

giphy 1
Gambar hiasan – Sumber: Giphy

Krishna ditahan atas empat pertuduhan termasuklah penyamaran dan memberi informasi palsu. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Hyderabad, B. Limba Reddy,

“Dia tidak berduit. Namun jikalau dia membatalkan percutian itu disebabkan hal ini, dia takut maruahnya tercalar dan kemungkinan besar hubungannya dengan gadis itu akan berakhir.

“Oleh itu, dia fikir dengan membuat penerbangan tersebut dibatalkan, gadis itu tidak akan menyalahkannya kerana ia bukan salahnya tetapi salah lapangan terbang tersebut.

Berikut merupakan emel dengan tulisan asal yang dihantar Krishna kepada pihak polis:

“hi sir am female here am doing this mail frim Hyderabad as i don’t want to revel my details couse am a female and scared of issues, and mailing u this couse in the after noon around 2pm while having lunch there were 6 guys talking those guys are musclims, they were talking abt plane hijack tommarrow in Hyderabad chennai and Mumbai airport they were talking very slowly but unfortunately i heard few conversations abt this, they were saying all us 23 people have to split from here and have to board flights in 3 cities and hijack them at a time. They spoke some other things also but i couls not hear them as i heard only these few sentences from them, i dont know do am i doing correct or not and they are true or not but heard this so kindly go through this and as i informed this as a duty and a citizen of india and pls dont make me to get into issues.”

Cubalah cari alasan yang elok sikit untuk mengelak dari pergi bercuti dengan kekasih tu. Janganlah sampai menyusahkan orang lain. Kan dah kena tangkap. Kesian…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.