Kan dah pesan, sebelum melintas tu tengok kiri kanan!
Namun, ada juga segelintir orang yang tak boleh faham konsep mudah yang sangat penting itu apabila berada di atas jalan raya.
Baru-baru ini sebuah video telah menjadi tular di Facebook kerana tindakan kurang bijak penunggang motorsikal yang bukan sahaja membahayakan nyawanya malah nyawa orang lain.
Sumber : Facebook
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Yongqing Hengkheng Ong sedang memandu di Jertih, Terengganu apabila kenderaannya hampir bertembung dengan sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang remaja tengah hari semalam.
Pemandu kereta tersebut sedang memandu di lorong kanan ketika itu manakala motor tersebut berada di lorong kiri. Kedua-dua mereka malah dilihat tidak memakai helmet!
Selepas itu, motor tersebut dengan tiba-tibanya telah memusing ke arah kanan dengan laju kerana ingin membuat pusingan U.
Mujur, pemandu kereta itu peka dengan keadaan sekeliling dan sempat mengelak dari bertembung dengan motorsikal tersebut. Menurutnya, dia juga hampir melanggar tembok jalan dek kerana mengelak daripada motorsikal tersebut.
Video insiden yang dimuat naik pada 6 Julai itu telah mendapat lebih 2,000 perkongsian di Facebook. Netizen ramai berpihak pada pemandu kereta tersebut dan mengkritik tindakan penunggang motorsikal itu. Of course lah kan!
Ramai juga telah beri nasihat supaya lebih berhati-hati di jalan raya supaya perkara seperti ini dapat dielakkan. Pandu cermat jiwa selamat!
Kita sebagai pengguna jalan raya mestilah kena sentiasa berhati-hati. Kalau tak, melayang nyawa!
Baca : Pemandu Kereta Langgar Lari, Heret Motorsikal Hingga Keluar Percikan Api di LDP