Kita semua sedia maklum yang virus Covid-19 ni sangat bahaya sampai boleh berjangkit dengan orang sekeliling termasuklah jika mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.
Di Manchaster, terdapat seorang lelaki telah melakukan tindakan di luar jangkaan dengan meludah ke aras polis dan pengawal keselamatan yang cuba untuk menolongnya sewaktu terbaring di atas jalanan yang sesak dengan kenderaan dan menjerit mengatakan dirinya positif Covid-19, lapor Mirror.co.uk.
“Saya menghidap Covid-19. Saya harap awak mati sebabnya!!”
Itu jeritan yang dilontarkan kepada polis dan pengawal keselamatan berkenaan dan lepas tu dia ludah guard tu semula.
“Saya tahu saya ada penyakit tu, saya telah pergi ke hospital”
Kemudian dia meludah sekali lagi selepas dia menjerit.
Dilaporkan, lelaki yang berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Jamie McAdam mendapat jangkitan virus itu daripada kakaknya yang juga merupakan korban akibat Covid-19.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Manchester Crown di England.
Ni dah memudaratkan orang lain ni!
Baca : “Bangsa yang dilaknat!” – Tentera Israel dan Pendatang Yahudi Sengaja Meludah Depan Rumah Orang Arab