in

Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Sebab Minum Coke Lepas Makan Mee Segera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berumur 25 tahun dari China terpaksa dikejarkan ke hospital selepas meminum air coke dan makan mee segera.


Pemuda yang dikenali sebagai Wang itu, merasakan perutnya sakit sampai tak boleh nak berdiri.

Menerusi Oriental Daily & WORLD OF BUZZ, Wang pada waktu itu makan malam di pejabatnya, perutnya jadi sakit sejam selepas makan dan terjatuh ke lantai. Rakan sekerja yang melihat Wang dalam kesakitan terus menghubungi ambulans.

Ketika tiba di hospital, doktor segera memasukkan tiub kedalam perut Wang untuk melepaskan gas. Ketika dilepaskan, ada sedikit air coke dan mee segera juga terkeluar.

Bagaimanapun, keadaan Wang menjadi stabil selepas menjalani rawatan, namun dia ditahan di wad untuk pemerhatian.

Sebenarnya kes macam ni bukan pertama kali berlaku. Beberapa tahun lepas, seorang lelaki dari Chongqing, China hampir maut selepas makan 2 bungkus mee segera dan minum 2 botol air coke. Dia kemudiannya mengalami perkara yang sama (sakit perut) dan kena keluarkan gas.

Menurut SoraNews24, seporang profesor dari bidang biologi dan sains makanan di Chongqing Technology dan Business University menjelaskan bahawa, apabila seseorang itu makan coke dan mee segera, gas akan keluar badan secara semulajadi menerusi sendawa.

Namun jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak seseorang itu akan mengalami rasa tidak selesa di perutnya.

 

Baca : “Takkan lah tak boleh masak kat rumah sendiri kot?” -; Residen ‘Complain’ Sebab Terbau Jiran Masak Mee Segera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.