in

Lelaki Dikecam Masak Ayam Mentah Guna Mesin Bancuh Kopi Hotel, Rupanya Memang Banyak Orang Buat

masak ayam pembancuh kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki telah membuatkan ramai pengguna internet kembang tekak lepas mendedahkan dia memasak ayam mentah dengan menggunakan mesin pembancuh kopi di hotel tempat penginapannya.

Sumber memetik perkongsian asal lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Alexander C the LinkedIn dimana dia menceritakan kenapa dia memilih berbuat demikian.


Jelas Alexander, dia yang mengembara atas tujuan kerja tahu yang syarikatnya membenarkan dia membelanjakan wang syarikat untuk perbelanjaan makan malam. Namun, dek kerana nak berjimat, dia memutuskan untuk memasak sendiri makan malamnya di dalam bilik hotel.

Menerusi gambar yang dikongsikan bersama, dapat dilihat isi ayam yang diletakkan bersama sekeping mentega dan beberapa perasa ke dalam sebuah mesin pembancuh kopi.

Rupanya memang sangat kerap terjadi

Meninjau ke ruangan komen, ternyata tindakan lelaki ini yang memasak makanan dengan menggunakan mesin pembancuh kopi bukanlah perkara yang asing.

0 white tea cup coffee cup on the table by a sofa couch in hotel room kettle
Gambar hiasan

Seorang warganet yang pernah bekerja di sektor perhotelan berkongsi pengalamannya berdepan tetamu hotel yang melakukan perkara sama.

“Saya pernah bekerja di sebuah hotel bertaraf sederhana dan hotel kami berhenti membekalkan mesin pembancuh kopi di dalam setiap bilik selepas ada tetamu yang mengaku menggunakannya untuk mencuci seluar dalam mereka,” tulisnya.

Tambah seorang warganet lain pula, rakannya pernah berdepan situasi sama tetapi membabitkan seterika dan pelajar kolej.

“Bukan mesin pembancuh kopi tapi rakan saya pernah pergi ke jualan laman dimana pelajar senior nak jual barangan mereka sebaik habis belajar. Dia berminat dengan satu seterika namun segera letak balik dan pulang lepas lihat sendiri ada ulat keluar daripada seterika tu. Pelajar senior tu mengaku dia gunakan seterika tu untuk masak daging.”

Sumber: Emily Murnane

Baca: Demi Konten, Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Beralaskan Tilam & Guna Seterika

cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.