in

Lelaki Dijel 5 Bulan Akibat Ugut Bapa Nak Bakar Rumah Kalau Tak Belikan Burger

fi ugut 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka hanya kerana burger, seorang anak sanggup mengugut bapanya…

Hukuman penjara lima bulan telah dijatuhkan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun setelah bertindak mengugut bapanya, ingin membakar rumah mereka jika tidak dibelikan burger dan pulang dengan segera.


Hukuman tersebut telah dijatuhkan terhadap Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi oleh Majistret Nur Hafizah Rajuni di Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu lalu.

Tertuduh mengaku bersalah mengugut bapanya itu di kediaman mereka di Taman Bolton, Batu Caves, Selangor pada jam 10 malam, 27 Disember lalu.

Namun, mahkamah telah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman yang telah dijatuhkan itu bermula tarikh dia ditangkap, iaitu pada Selasa lepas.

Pendakwaan difahamkan telah dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes tersebut, pada hari kejadian, bapa Mohammad Adib Akmal berada di luar untuk membeli makanan ketika dia menelefon bapanya dan menyuruh membelikan burger lalu segera pulang ke rumah.

Pada ketika itulah tertuduh mengugut bapanya mahu membakar rumah mereka sekiranya bapanya itu tidak mengikut arahannya.

Ketika rayuan dilakukan, Mohammad Adib Akmal yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M Mariappan memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan anak guamnya itu hanya berniaga secara kecil-kecilan dan berpendapatan RM1,000 sahaja sebulan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi bagaimanapun memohon mahkamah untuk mengenakan hukuman yang setimpal kepada tertuduh agar memberi pengajaran kepadanya.

“Dalam kes ini, tertuduh mengugut bapa kandungnya sendiri, tertuduh sepatutnya menjaga dan menghormati bapanya bukan mengugut,” katanya.

Semoga kes ini jadi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, tetapi juga kepada kita semua. Hormatilah ibu bapa kita ya…

Baca: Sayu! Tak Sempat Bawa Ke Hospital, Ibu Meninggal Kerana Terperangkap Dalam Banjir

baca burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.