in

Lelaki China Disenarai Hitam Restoran Bufet BBQ Gara-Gara Makan Terlalu Banyak

cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, restoran bufet hanya memerlukan pelanggan untuk membayar sekali sahaja dengan harga yang telah ditetapkan, dan mereka boleh memakan apa sahaja yang telah disediakan oleh pihak restoran sehingga kenyang dan asalkan tidak membazir.

Namun, lain pula yang terjadi buat seorang lelaki dari China apabila dia telah disenarai hitam oleh sebuah restoran bufet BBQ di sini gara-gara makan terlalu banyak.


1 14

3 7

Lelaki yang dikenali sebagai Kang itu berkata, dia telah disenarai hitam oleh Handadi Seafood BBQ Buffet di bandar Changsha selepas acara pesta makan diadakan. Untuk rekod, Kang ialah seorang streamer makanan.

Difahamkan, Kang mengambil 1.5 kilogram kaki khinzir semasa kunjungan pertamanya ke restoran bufet itu. Kemudian, dia mengambil 3.5 hingga 4 kilogram udang dalam satu kunjungan yang lain.

“Saya mampu makan banyak, adakah ia satu kesalahan?”, soal Kang.

Jelas Kang, restoran tersebut telah melakukan diskriminasi terhadap individu yang boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Sambung lelaki ini, dia juga tidak gemar untuk membazir dan akan memastikan makanan yang diambil berjaya dihabiskan.

Restoran dakwa alami kerugian

Apabila ditanya kepada pemilik restoran, dia mendakwa pelanggan seperti Kang telah menyebabkan restorannya mengalami kerugian.

4 9

“Setiap kali dia datang ke sini, saya kehilangan beberapa ratus yuan”

“Bahkan semasa dia minum susu kacang soya, dia boleh minum 20 hingga 30 botol. Ketika dia makan babi, dia menghabiskan seluruh hidangan di atas dulang”, jelas pemilik restoran tersebut.

Pemilik ini juga kurang senang dengan tindakan Kang yang akan mengambil hidangan udang dengan menggunakan dulang, meskipun pelanggan lain menggunakan penyepit.

2 7

Kisah ini tular di China dan ramai yang beranggapan restoran tersebut tidak sepatutnya menggunakan konsep bufet jika tidak senang dengan pelanggan yang makan banyak.

Apa pendapat anda tentang isu ini, adalah pelanggan tersebut bersalah kerana makan banyak di restoran bufet?

 

Kredit: SG Mothership

BACA: Chef ‘Salt Bae’ Dikecam Selepas Hanya Bagi Masa 30 Minit Kepada Pelanggan Untuk Makan!

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.