in

Lelaki Cabul Wanita Depan Masjid Mohon Hukuman Diringankan, Tertekan Kerana Kematian Isteri

ft lelaki cabul merayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki dari Melaka yang dikenali sebagai Jefri Joris, 46 yang dijatuhkan hukuman penjara selama 5 bulan atas kesalahan mencabul seorang wanita di hadapan sebuah masjid pada Oktober lalu merayu agar hukuman diringankan.

Rayuan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret Ayeh Keroh itu dibuat sebelum Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya selepas meneliti fakta kes, hujah pendakwaan serta rayuan tertuduh.


Artikel berkaitan : Lelaki Ditahan Dipercayai Cabul Seorang Remaja Perempuan Di PPS

Artikel berkaitan : Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Pasar Raya, Caprice Gesa Polis Buru Pelaku

Tertekan kematian isteri

Screenshot 2025 12 09 171332

“Mohon hukuman saya diringankan seringan-ringannya… saya tertekan kerana kematian isteri dan perlu menjaga empat anak.

Pihak mahkamah juga memerintahkan hukuman berkenaan mula berkuat kuasa mulai 16 Oktober lalu iaitu tarikh bermula dia ditangkap.

Berdasarkan pertuduhan, Jefri didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mahu mencabul kehormatan seorang wanita yang berusia 31 tahun.

Menurut sumber, perbuatan jijik itu dilakukan di kawasan Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran pintu gerbang Masjid Al Abrar, Semabok, pada 6 Oktober lalu, sekitar 11.50 pagi dan kesalahan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

 

Raba dada mangsa lepas hulurkan bantuan

Memerik laporan Harian Metro, sebelum kejadian, motor milik mangsa kehabisan petrol sebelum meminta bantuan tertuduh untuk membeli minyak dan memberikan RM5.

Tertuduh kemudian kembali dan bertanyakan botol kosong untuk mengisi petrol sebelum sentuh dada mangsa dengan spontan dan ia membuat wanita tersebut terkejut dan tuntut wangnya dikembalikan.

Bagaimanapun, sebelum beredar dengan menunggang motor, tertuduh sekali lagi cabul mangsa, siap sempat bertanya “Boleh saya pegang dada awak lagi?”

Mangsa yang bimbang dengan keselamatannya terus membuat laporan polis hingga membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan itu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.