Tindakan seorang lelaki dalam melakukan content mukbang di laman TikTok miliknya telah mengundang kritikan dan kecaman hebat kerana kelakuannya yang dianggap menjijikkan.
Apa yang menambahkan lagi warganet jadi kembang tekak adalah dia melakukan perbuatan itu di hadapan makanan yang dianggap tidak wajar.
Artikel Berkaitan : Jijik! Peniaga Mual Bau Busuk Longkang Tersumbat, Pihak Majlis Didakwa Buat Kerja Mudah
Artikel Berkaitan : Jijik! Bilik Wanita Ini Penuh Sampah, Selalu Banjir Di Koridor Sebab Saluran Air Tersumbat
Dalam video tersebut, lelaki itu memakai baju compang-camping sambil mengangkat lengannya dan menunjukkan ketiaknya yang gelap sambil menari-nari lagu ‘Cinta Ku Ke Ethiophia’, di hadapannya ada sajian seperti nasi goreng dan telur mata.
Boleh tonton video penuh disini.
Menjengah ke ruangan komen, video ini menjadi bahan jenaka dan ada juga yang memberikan teguran pedas buat lelaki ini selain daripada rasa geli dengan kelakuannya.
Malah ada juga segelintir warganet yang bimbang dengan tahap kesihatannya bahkan ada yang marah kerana perbuatan itu dianggap mencela dan menghina rezeki yang ada di hadapan matanya.
Min rasa apa yang dia buat tu tak proper, tapi akaun masing-masing kan, tak boleh nak cakap lebih.
Sumber : X