Sebelum ini, tular mengenai kejadian memaparkan seorang lelaki yang selamba membuang air kecil di tiang pekarangan parkir sebuah pasar raya di Subang Jaya.
Suspek yang melakukan tindakan tidak senonoh dan mengundang kemarahan orang ramai itu telah ditahan pihak polis, semalam.
Terbaharu, tertuduh yang merupakan lelaki warganegara Australia didenda RM100 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 16 November lalu.
Artikel berkaitan: Tular Video ‘Membuang’ Di Parkir Kereta, Lelaki Warga Asing Serah Diri
Artikel berkaitan: “Perangai apa ni?” – Wanita Buang Air Kecil Dalam Kedai, Terus Keluar Lepas ‘Settle’
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah berkelakuan kurang sopan dengan cara membuang air kecil di tempat awam pada 10.51 malam.
UPDATE : Chih Peter, 32 didenda RM100 selepas mengaku bersalah di mahkamah Shah Alam hari ini bagi kesalahan membuang air kecil pada tiang di tempat letak kenderaan pusat membeli belah di Subang Jaya pada 16 November lalu. https://t.co/npEsUQ0Mro
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 22, 2023
Justeru, tertuduh yang tiba dari Australia untuk menziarahi saudaranya itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100.
Peguam tertuduh, R Morhaneraj memaklumkan bahawa tertuduh terdesak untuk membuang air kecil di kawasan parkir kenderaan kerana tidak dapat menahan untuk pergi ke tandas ketika kejadian.
“Anak guam saya tidak menyedari kejadian tersebut dirakam. Bagaimanapun, tertuduh sudah mendapat pengajaran kejadian ini dan tidak akan mengulangi perkara itu di masa akan datang,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum dan tertuduh juga perlu menjaga adab ketika berada di negara orang.
Sumber: Berita Harian