Berikutan isu pemain badminton perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia masih lagi menjadi perhatian orang ramai, difahamkan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menerima surat rayuan dari pemain berusia 24 tahun itu pada petang Isnin.
Menurut The Sun Daily, surat rayuan itu dibuat oleh Lee Zii Jia sendiri demi untuk menyelamatkan perjalanan kariernya sebagai pemain badminton selepas tiga hari menerima keputusan penggantungan dirinya selama dua tahun dari menyertai mana-mana kejohanan badminton.
“BAM boleh mengesahkan bahawa kami telah menerima surat rayuan daripada Lee Zii Jia hari ini. Sebagai badan yang menjaga kepentingan badminton negara, pihak kami memang menelilti perkara tersebut secepat yang mungkin untuk diselesaikan secara baik” – BAM
Tambah pihak BAM lagi, keputusan yang dibuat bukan sahaja untuk menjaga dan melindungi sukan tersebut malah demi pemain dan juga mutu kualiti sukan tersebut. Ini kerana, mereka sedia maklum dengan feedback dari netizen yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.
LZJ & Goh Jin Wei bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan
Sementara itu, pada hari yang sama Lee Zii Jia dan juga Goh Jin Wei sempat berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu. Pertemuan mereka bertiga telah dikongsikan menerusi akaun Facebooknya sendiri.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482333546587542&set=pb.100044327024730.-2207520000..&type=3
Di kesempatan itu, Faizal menegaskan bahawa semangat serta komitmen dari Lee Zii Jia dalam sukan badminton negara masih lagi teguh selepas mendengar penjelasan dan juga pandangan dari pemain itu.
“Selagi kita semua mempunyai pandangan yang sama dalam urusan sukan tempatan, kita boleh untuk meneruskan apa yang sepatutnya dilakukan” – Faizal Azumu
Ujarnya lagi, dia akan mencuba sehabis baiknya untuk mendapatkan keadilan bagi kedua pemain tersebut iaitu Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei untuk memastikan semua permasalahan kembali pulih sebelum sambutan Hari Raya Cina yang akan tiba tak lama lagi.
BAM pun dah terima surat dari LZJ, min harap semua akan selesai secepat mungkin… Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Zii Jia dan juga Jin Wei ya!
Baca: Lebih 100K ‘Sign’ Petisyen Untuk LZJ & Goh Jin Wei, Dari Singapura & Brazil Pun Ada!