in

“Lebih teruk dari Covid” – Pakar Dakwa 50 Juta Penduduk Dunia Akan Meninggal Sebab Penyakit X

ft wabak X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakar kesihatan global menyatakan kebimbangan mereka mengenai pandemik yang dikatakan ‘sudah bermula’ dan berpotensi menyebabkan kira-kira 50 juta orang meninggal dunia menurut laporan agensi berita Mirror baru-baru ini.

Seperti yang digelar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Penyakit-X berkemungkinan melanda pada bila-bila masa dan pihak mereka memberikan amaran ke seluruh dunia agar bersedia dengan penyakit yang boleh disebabkan oleh berjuta-juta virus yang belum ditemui.


Artikel berkaitan : Saintis Rusia Cuba ‘Hidupkan’ Semula Virus Berusia 400,000 Tahun, Cetus Kebimbangan Pandemik

Artikel berkaitan : Varian Baharu Covid-19 Ditemui Di Britain, Punyai Bilangan Mutasi Yang Tinggi

Laporan tersebut juga mendedahkan Penyakit-X ini berkemungkinan 20 kali ganda lebih berbahaya jika nak dibandingkan dengan coronavirus yang telah meragut nyawa sekitar 2.5 juta manusia.

fx1 lrg

Tambah WHO, pandemik seterusnya dijangka akan mempunyai skala seakan-akan Spanish flu dan pihaknya harus mengeluarkan dan mengedarkan vaksin dengan segera bagi menangani penularan wabak tersebut dan sekiranya dunia tidak bersedia seperti mana pandemik Covid-19, kemusnahan yang bakal berlaku berkemungkinan lebih teruk.

Menurut Kate Bingham, yang mempengerusikan Pasukan Petugas Vaksin UK antara Mei dan Disember tahun itu berkata kita tidak boleh leka hanya kerana Covid-19 kini “dianggap sebagai penyakit rutin”.

3000

Hari ini juga terdapat banyak virus yang mampu meniru virus lain dan bermutasi, walaupun bukan semua berbahaya kepada manusia, kebanyakannya akan memberikan mudarat.

Tambahnya lagi, para saintis ketika ini berjaya mengenalpasti 25 keluarga virus yang terdiri daripada ribuan virus yang berpotensi untuk merebak menjadi pandemik.

Tidak cukup dengan itu, tambahnya lagi, terdapat lebih berjuta virus yang belum ditemui yang boleh menjangkiti dari satu spesies ke satu spesies dan ada juga yang berpotensi untuk menyebabkan jutaan kematian manusia.

Pun begitu penyakit tersebut masih belum dikesan di negara ini dan menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, pihak mereka sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan wabak baharu, termasuk “Penyakit X” daripada patogen yang belum ditemui, kata Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan.

Menteri Kesihatan berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan memaklumkan negara anggotanya sekiranya terdapat wabak penyakit baharu.

Sumber : Mirror

Sumber: The Lancet
Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.