in

“Kali ni lebih meriah, lebih banyak tawaran menarik” – Nijigen Expo 2024 Diadakan Lagi Bulan Ini Di Mid Valley

Ft Nijigen Expo 2024

Nijigen Expo 2024 dibawakan oleh Vida Zero merupakan acara trend anime yang akan kembali menemui semua peminat dan kali ini acara tersebut akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre pada 13 dan 14 Julai 2024 nanti. 

Menariknya kali ini, acara ini menjanjikan lebih banyak persembahan, booth, tawaran hebat pelbagai jenis jualan, pertandingan dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik sepanjang dua hari penganjuran tersebut khas buat para peminat anime, manga dan permainan. 

Nijigen072024 Profile Website 1 1536X864 1

Ini apa yang bakal menemui korang di Nijigen Expo kali ini : 

1. Barisan Jemputan Antarabangsa

Untuk korang yang terlepas Nijigen Expo yang diadakan Mac lalu, pastikan korang tidak terlepas acara pada Julai ini kerana terdapat ramai barisan jemputan antarabangsa seperti daripada Korea, Thailand, Japan, Australia, Taiwan, China, Itali, Hong Kong seperti Yurisa, Thames, Goku, Tsun, Will, Taryn, Grace Kaori and Tuanbao dan ramai lagi. 

448839157 487378093814722 534575538265177512 N 448873983 487378137148051 8213873227342215447 N

Korang boleh tengok jadual meet-and-greet diorang ni di laman sosial Nijigen Expo di Facebook dan juga Instagram!  

2. Persembahan Anisong & Anidance

448836713 487378230481375 1160196293420982845 N

Para pengunjung yang ke Nijigen Expo 2024 nanti bakal disajikan dengan persembahan Anisong & Anidance yang tak asing lagi. Bila lagi korang nak berkumpul ramai-ramai dan ‘layan’ lagu anime kegemaran korang kan… Inilah waktunya. 

448811898 487557707130094 7087348530725949158 N

Nantikan kemunculan artis antarabangsa seperti Akie Ki, Ryukku-K, Minri dan ramai lagi lah! 

 

3. Ada Maid Cafe daripada Project Meido! 

448840509 487378967147968 3058810997644361377 N

Kalau korang nak merasakan dilayan oleh pelayan ala-ala cerita anime tu, korang boleh singgah di Maid Cafe by Project Meido di Nijigen Expo nanti. 

Selain mengenakan pakaian yang comel, pastinya korang boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang disajikan oleh pelayan-pelayan yang mengenakan pakaian ‘maid’ yang comel disana.

4. Jualan ‘Gila’ & Ekslusif

448874907 487378270481371 5939954132188710274 N 448805978 487378183814713 1734290376341263519 N

Untuk korang yang mengumpul barangan-barangan anime dan sebagainya, singgah la di Nijiket (Creator Alley) yang bakal membawakan lebih daripada 200 creator dan artis yang mempunyai merchandise masing-masing! 

Tak dilupakan juga, disana nanti akan diadakan jualan eksklusif termasuklah potongan sehingga 90% merchandise manga terpilih, potongan 80% Gunpla terplilih dan banyak lagi tawaran menarik. 

448875402 487378893814642 8891275352111065906 N 448808335 487378833814648 9093557586704984960 N 448837780 487378607148004 6476333401410552409 N 448839913 487378547148010 4568099343251488326 N

 

5. Cabutan Bertuah Kempen Vida x Nijigen

Semua pengunjung berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik dengan mengumpul ‘cop’ dalam kempen yang disediakan oleh penganjur di Nijigen Expo nanti. 

Nak tahu hadiah apa, kenalah ke sana dulu. 

Tiket untuk ke acara Nijigen Expo 2024 boleh didapati di Ticket2U atau ExciTix dan jangan lupa tandakan kalendar korang untuk acara ini : 

[ Tempat : Mid Valley Exhibition Centre ]

[ Tarikh : 13&14 Julai 2024 ]

[ Masa : 10 pagi – 8 malam ] 

0 35222 Awss3B3D3D138 9C47 41F1 9551 63849D1B1167 Haxo

Korang boleh pilih sama ada nak beli pas 1 hari atau pas 2 hari! Maklumat lanjut korang boleh dapati di laman web rasmi Nijigen Expo 2024 atau ikuti akaun media sosial di : 

Sumber: Nijigen Expo