in

“Lebih masyuk daripada warga tempatan” – Individu Pertikai Warga Asing Selamba Berniaga Di Kawasan Parkir Motor

ft warga asing 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejutnya melihat keadaan yang berlaku di sebuah pasar raya di Selayang yang mana ramai warga asing dilihat melakukan perniagaan menjual sayur-sayuran secara haram di kawasan parkir motor.

Menerusi rakaman video daripada pengguna TikTok ini, dilihat sayur itu diletakkan di atas jalan dan ia membuatkan pemilik video mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa dalam membendung situasi yang berlaku.


Artikel berkaitan : Musykil! JIM Siasat Perkahwinan Wanita Tempatan Warga Emas Dengan Lelaki Warga Asing Usia 20-an

Artikel berkaitan : 2 Sindiket Warga Asing Tawar Perkhidmatan Permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara Tumpas Lepas Diserbu Jabatan Imigresen

Dalam satu lagi video berlainan, lelaki ini merakam keadaan di satu lagi lokasi yang memperlihatkan perniagaan yang sama di kawasan kaki lima.

Jelas pemilik video, apabila ditegur tindakan mereka yang melakukan perniagaan ini, lelaki itu mendakwa ‘individu’ berkenaan menjawab dengan mengatakan banyak lagi perniagaan yang sama telah dijalankan di tempat lain.

@abe.oabe

#kualalumpur #rohingya #pendatangwargaasing #malaysiaku #wargaasing #wargaasingbesarkepala #fyp #fypage #tiktokviral #viralkan #viraltiktok #demimalaysia #foryou #janganmenyerah #selayang #selayangbaru #dbkl #manadbkl #penguatkuasadbkl #kerajaangagal #kerajaanmadani #RancakkanMADANI #livehighlights #tiktoklive

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Mana MPS?(Majlis Perbandaran Selayang) Tak malu ke rakyat hari-hari pertikaikan kelemahan kamu?! Sampai bila ni MPS tak nak ambil peduli?! Ini situasi hari-hari tau!!! SIANG DAN MALAM!!!”

Lebih teruk lagi, pada waktu malam warga asing tersebut dilihat dengan selamba ingin membakar sampah di kawasan umum. Jika diperhatikan, kawasan tersebut penuh dengan sampah sarap dan ia dikumpulkan dengan tujuan untuk dibakar, namun begitu perbuatan tersebut berjaya dipatahkan oleh lelaki ini setelah menegur warga asing itu.

@abe.oabe

Peniaga haram warga asing di Jalan Besar Selayang Baru. #livehighlights #tiktoklive #RancakkanMADANI #kerajaanmadani #kerajaangagal #mps #Selangor #selayangbaru #selayang #viralkan #malaysiaku #kitagempur #fyp #viralkan #bismillahfyp #viralvideo #demimalaysia #jangkauanluastiktok #wargaasing #wargaasingbesarkepala #malaysiaku #terusberjuang #foryou #foryoupage

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

“Senang je kan??? Warga asing ni boleh bebas berniaga secara haram tanpa lesen dari awal malam sampailah ke pagi setiap hari!!!”

“Untunglah dia orang ni memang ada kabel besar, memang level anak emas, undang-undang Malaysia tak boleh buat apa-apa kat mereka ni.”

Dakwa lelaki ini, perniagaan sayur-sayuran warga asing ini lebih mendapat banyak untung daripada peniaga tempatan.

“Bisnes sayur-sayuran warga asing di sini jauh lebih masyuk daripada peniaga-peniaga tempatan kita yang kat dalam Pasar Harian Selayang! DBKL memang tak kacau, kalau ada raid pun mungkin sebulan sekali je la. Tak pun tunggu ada aduan baru datang sini,” dakwanya.

@abe.oabe

Warga asing selamba bakar sampah kat tepi jalan di Selayang Baru! #foryoupage #foryou #terusberjuang #malaysiaku #wargaasingbesarkepala #wargaasing #jangkauanluastiktok #demimalaysia #viralvideo #bismillahfyp #viralkan #fyp #kitagempur #selayang #selayangbaru #dbkl #manadbkl #penguatkuasadbkl #kerajaangagal #kerajaanmadani #RancakkanMADANI #livehighlights #tiktoklive

♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – Nami Abaya Exclusive HQ

Harap lepas pihak berkuasa dapatlah ambil tindakan tegas akan situasi yang berlaku. 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.