in

“Lawa pun kena ‘game'” – Raline Shah Mengaku Pernah Kena Curang, ‘Stalk’ Ex Lepas Putus

Raline Shah Dicurangi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat peminat filem Indonesia, pastinya nama pelakon cantik Raline Shah amat dikenali, wataknya dalam filem Syurga Yang Tak Dirindukan memberi impak yang besar buat peminat-peminatnya.

Pun begitu, baru-baru ini pelakon yang sangat jelita itu berkongsi dia pernah dicurangi oleh bekas kekasihnya, kenyataannya itu membuat ramai yang terkedu memandangkan rupa fizikalnya yang sebegitu cantik.


Ketika berbual dengan Luna Maya dalam satu rancangan bual bicara YouTube dan disitu Raline mengakui dia telah ditipu oleh kekasihnya.

“Saya pernah dating dengan seseorang, kemudian tergamam dan terkejut, dia memang ada hati untuk ditipu begitu, kan?

Jadi kawan saya guna telefon bimbit saya, dia kata ini perempuannya? Saya rasa biasa saja (mukanya), macam Dian Sastro fake,” katanya.

Lebih mengeruhkan keadaan, ketika dia sedang bergosip bersama kawannya itu, ibunya masuk ke bilik kemudian ingin turut serta melihat gambar wanita tersebut.

Disebabkan ibunya itu tidak tahu menggunakan media sosial, secara tak sengaja dia ‘terlike’ posting berkenaan.

Menurut sumber, perkara itu berlaku semasa Raline berumur 27 tahun ketika dia sedang menjalani penggambaran filem 5CM.

Dia mengaku sangat terluka apabila mengetahui lelaki yang dicintainya telah curang dengannya dan itu merupakan kali pertama dia ‘terkena’ sedemikian.

Baca: “Dia ‘brilliant'” –  Penyanyi OKU Penglihatan Dari Indonesia Terima ‘Golden Buzzer’ Dari Simon Cowell

Putri Ariani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.