in

“Lauk dah lama ke tu?” – [VIDEO] Netizen Seram Tengok Nasi Kandar Berulat

nasi kandar berulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila mengunjungi sesebuah restoran itu, kebersihan adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan namun, lain pula ceritanya di sebuah restoran nasi kandar di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Nasi kandar ialah hidangan yang popular di utara Malaysia, ia asalnya diperkenalkan oleh peniaga Tamil Muslim dari India. Hidangannya terdiri daripada nasi kukus yang digabungkan dengan pelbagai jenis kari, lauk dan kuah yang berbeza.


Pun begitu, sebuah perkongsian video di laman TikTok @penang_kini_official memaparkan sebungkus nasi kandar berlauk ayam, namun apa yang membuatkan ramai netizen tergamam ialah terdapat ulat pada lauk tersebut.

@penang_kini_official

harap diselesaikan sebaiknya.. depa bukan sengaja.. terlepas pandang Agaknya..

♬ original sound – Penang Kini Official – Penang Kini Official

Perkara itu sememangnya membuatkan ramai netizen kembang tekak, lebih-lebih lagi kepada peminat masakan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa orang netizen yang memberitahu ia bukanlah kali pertama restoran berkenaan menjadi buah mulut kerana sebelum ini perkara yang hampir sama juga pernah berlaku.

cats 29

Tidak dapat dinafikan nasi kandar memang nampak menyelerakan namun jangan lupa pentingkan kebersihan. Periksa sebelum makan.

Harap ada tindakan dikenakan kepada restoran ini…

Baca: “Ada taugeh bergerak” –  Wanita Kembang Tekak Jumpa Ulat Dalam Kuah Laksa

Kuah Laksa Berulat Viral Kajang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.