in

Latih Anak Berdikari, Sekolah Anjur Pertandingan Buat Kerja Rumah Untuk Murid

F3 Pertandingan Buat Kerja Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, itulah peribahasa yang boleh digambarkan dengan pertandingan membuat kerja rumah yang dianjurkan di sebuah sekolah dipercayai di China ini.

Video murid-murid sekolah sedang bertanding membuat kerja rumah itu telah dikongsikan di Facebook MetDaan Fitness baru-baru ini dan ia sudah tentu telah mencari perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya ibu bapa.


 

Dalam video yang berdurasi selama seminit 18 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan usia murid sekolah rendah itu telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap ahli kumpulan pula perlu menyelesaikan tugas-tugas kerja rumah atau household chores secara berganti-ganti dan kumpulan yang paling awal berjaya menyelesaikan tugas-tugas tersebut akan dikira sebagai pemenang.

9

Antara tugas atau kerja rumah yang perlu mereka selesaikan ialah melipat selimut, mengikat tali kasut, melipat baju, mengikat rambut sendiri bagi kanak-kanak perempuan dan mengutip sisa makanan yang jatuh dengan menggunakan penyepit makanan.

Selain itu, mereka juga perlu mengemas beg sekolah masing-masing dan mengupas kulit telur yang telah direbus.

10

Rata-rata netizen telah memuji pihak yang menganjurkan pertandingan tersebut kerana ia dilihat boleh melatih anak-anak berdikari sejak dari mereka kecil lagi.

Sumber: Facebook MetDaan Fitness

Baca: “Sangat mencabar” – Silibus Subjek BM Tahun 2 Sekolah Rendah Dikatakan Tidak Sesuai?

F1 Silibus Bm Tahun2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.